Umum mengetahui, terdapat sempadan Malaysia dan Indonesia di Kepulauan Borneo, jalan darat itu bermula dari Tanjung Datu iaitu di kawasan barat laut termasuk tanah tinggi pedalaman Borneo ke Teluk Sebatik dan Laut Celebes di sebelah timur pulau itu.
Sempadan itu memisahkan wilayah Indonesia di Kalimantan Utara, Kalimantan Timur dan Kalimantan Barat daripada negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia.
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial TikTok yang memaparkan dua orang wanita Indonesia memilih untuk berjalan kaki ke Malaysia untuk membeli barangan harian.
@wolle.y28
Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @wolle.y28 itu menunjukkan dua wanita tersebut ditahan oleh beberapa orang askar yang bertanyakan apakah tujuan mereka pergi ke Malaysia.
Lalu, wanita berkenaan memberitahu mereka membeli barangan seperti kopi dan gula di negara jiran kerana menurut mereka jalannya lebih mudah dan dekat.
Selain itu, askar-askar yang berada di situ juga memeriksa barangan yang dibeli malah, wanita berkenaan juga turut menunjukkan baki wang Ringgit yang dibawanya untuk membeli barangan.
Di penghujung video tersebut, askar-askar di situ berpesan agar jangan membeli barang di Malaysia sebaliknya beli di Indonesia sahaja agar mereka lebih sayangkan negara Garuda itu.
“Takpe, kita kan serumpun”
Video tersebut menarik perhatian netizen, ramai yang beranggapan ia bukanlah sesuatu yang serius malah, ramai juga yang tidak merasakan ianya sesuatu yang buruk sebaliknya ia dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara.
Itulah adat berjiran kan?
Baca: Anak Indonesia Wakil Nusantara Di Piala Dunia Qatar, Siap Pegang Tangan Cristiano Ronaldo