Biasanya banjir akan terjadi disebabkan hujan lebat yang ekstrim, mengakibatkan lebihan air yang terkumpul di suatu tempat melimpah. Tapi, banjir juga boleh berlaku atas faktor-faktor lain.
Pun begitu, dikatakan berlaku satu kejadian aneh melibatkan sebuah rumah di Jalan Sentul Pasar yang mana rumahnya ditimpa hujan lebat sedangkan cuaca masih elok.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @piepakcuman, kelihatan sebuah rumah sedang ditimpa hujan yang begitu lebat sehingga halaman rumah dinaiki air.
Namun, apa yang pelik mengenai video itu, cuaca di belakang rumah begitu cerah dan kedudukan hujan mencurah juga sedikit berlainan.
Bukan hujan tapi…
Apabila si perakam menukar kedudukan videonya, rupanya bukanlah hujan tetapi insiden sebuah kereta sehingga menyebabkan paip pecah berdekatan rumah tersebut.
Malah, aksi bersahaja seorang uncle yang dipercayai penghuni rumah itu seolah-olah sudah reda dengan keadaan rumahnya.
@piepakcuman
Perkongsian video itu telah meraih perhatian orang ramai dengan rata-rata netizen terkedu dengan insiden tersebut.
Dalam pada itu, ramai berseloroh mengatakan mungkin uncle terbabit sedang ‘sejukkan’ rumah dengan keadaan cuaca terik begini.
Walaupun berasa terhibur dengan video itu, netizen turut mendoakan agar urusan uncle tersebut dipermudahkan dan bersabar dengan kejadian yang berlaku.
Baca: “Lain macam healing” – [VIDEO] Gelagat Budak Solat Siap Sujud Dalam Laut Buat Ramai Terhibur