Biarpun kerjaya tidak nampak semegah mana di mata orang-orang tertentu, namun pekerjaan ini dianggap mulia dan banyak memberikan sumbangan besar buat kita.
Seperti video yang tengah tular ini, ramai netizen yang begitu terharu dan sebak melihat cara seorang penghantar ini menjalankan tanggungjawabnya.
Seperti yang kita sedia maklum, peti sejuk ini memang sangat berat, ia memerlukan tenaga kerja lebih dari pada satu, namun begitu, untuk pemuda ini, bukan masalah baginya untuk angkut sampai ke tingkat 4 rumah flat berseorangan.
Cara nak angkat peti ais ke tingkat 4.. pic.twitter.com/m50XXDAws5
— Jalal Misai (@jllmisai) May 10, 2023
Ramai netizen memuji dengan kekuatan lelaki ini dan mendoakan agar lelaki ini dimurahkan rezeki dan ada juga sanjung melihat kekuatannya kerana bukan ramai orang sekuat dirinya.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang menzahirkan rasa bimbang mengenai kesan yang terjadi kepadanya pada masa akan datang kerana ada antara mereka yang pernah melakukan kerja yang sana kini sudah mula merasai sakit belakang.
Apapun, pekerjaan sebegini memang patut dihargai, mudah-mudahan abang ni dimurahkan rezeki.
Baca : [VIDEO] Lelaki Berang Tindakan Warga Asing Selamba Berniaga Di Bahu Jalan Sekitar Pasar Selayang