Ramai yang tahu, kenderaan berat seperti lori dan bas memang banyak blind spot jadi memang susah untuk dorang nampak kalau ada kereta yang dekat dengan dorang. Jadi kita sebagai pemandu kenderaan ringan ni kenalah pandai jaga jarak untuk keselamatan sendiri jugak kan?
Tapi lain pula ceritanya bila seorang pemandu lori telah memuat naik rakaman dashcam yang telah pun tular di Twitter menunjukkan gelagat seorang pemandu kereta yang cuba untuk menyelit walaupun di kiri kanannya ada lori.
Kalau korang tengok dalam video dekat bawah ni, memang tak perasan betul ada kereta yang cuba nak menyelit masuk dari lorong kiri sebelum pemandu tersebut mengamuk dan mula mengetuk pintu lori tersebut kerana marah tidak diberikan laluan. Adoi, dah tak nampak kenapa nak marah pulak?
Orang paling bengap. Tgok sendiri la .. pic.twitter.com/6hi5nGc31P
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) June 8, 2022
Tak cukup dengan itu, pemandu kereta yang tak berpuas hati kerana menyangka pemandu lori itu sengaja menghalangnya telah memberhentikan keretanya sebelum keluarkan telefon untuk mengambil gambar sebagai bukti. Fuh berani betul eh?
“Nak menghimpit celah dua lori, nasib baik tak bersepai je”
Rata-rata netizen yang melihat video ini turut mengecam tindakan pemandu kereta tersebut yang dirasakan biadap walaupun dah jelas dirinya yang salah.
Adui nasib baiklah abang lori tu ada “CCTV” kalau tak, asyik lori je yang salah kan?
Baca: Pemandu Lori Sengaja Bunyikan Hon, ‘Kasi Ajar’ 2 Kereta Singapura Guna Lorong Lori