Seorang pempengaruh berjaya membawa pulang sebuah kenderaan elektrik Leapmotor C10 selepas memenangi cabaran yang diadakan oleh syarikat Leapmotor Malaysia di Plaza Arkadia, Desa Park City.
Iman Kamil, pempengaruh yang sering berkongsi tentang gaya hidup dan gajet ini berjaya mengharungi cabaran tinggal di dalam kenderaan tersebut selama 24 jam dan selama tempoh berkenaan, Iman Kamil, Shawn Lee dan Muachi perlu melakukan beberapa challenge yang perlu dilakukan secara live streaming serta beberapa mini challenge yang perlu diselesaikan.
Untuk acara ’24-hour KOL Challenge’ yang berlangsung pada penghujung September lalu, antara mini challenge yang perlu dilakukan oleh mereka bertiga ialah cabaran memuatkan kotak paling banyak dalam bahagian bonet C10 tersebut dan diteruskan pula dengan cabaran karaoke yang mana mereka perlu ‘melakonkan’ lagu yang didengari sementara yang berada dalam kereta perlu meneka lagu tersebut.
Selain itu, antara cabaran yang perlu dilakukan Iman, Shawn dan juga Muachi ialah untuk mencari cara untuk mengecas kenderaan sehingga 100%. Ada macam-macam cara diorang cuba ye!
Untuk kaki camping atau sering sertai perjumpaan keluarga dan sebagainya, ruangan belakang kereta ni sangat luas dan memang muat kalau korang nak muatkan pelbagai barangan untuk trip korang tu atau pempengaruh yang nak masukkan peralatan untuk rakaman video.
Kalau korang nak tahu, SUV Leapmotor C10 ni merupakan kenderaan elektrik yang sangat luas, selesa dan dilengapi pelbagai ciri-ciri sehingga ianya boleh dianggap sebagai rumah kedua.
Daripada segi keselesaan, Leapmotor C10 dilengkapi dengan kerusi ergonomik yang mempunyai 7 lapisan 3D kulit silikon yang bukan sahaja selesa tetapi sangat bersesuaian untuk keluarga yang mempunyai anak kecil kerana kerusi berkenaan tidak membebaskan bahan kimia dan mudah untuk dibersihkan.
Dalam masa yang sama, ia mempunyai ruang yang sangat luas dengan kerusi yang boleh diturunkan 180 darjah, kerusi belakang jenis reclinable untuk sokongan tulang belakang yang lebih baik untuk perjalanan yang panjang.
Selain itu, untuk korang yang sering memandu jarak jauh, Leapmotor C10 ni dilengkapi dengan Nap Mode yang membolehkan korang dapatkan ‘nap’ atau baring seketika kalau perjalanan jauh.
Tak cukup itu, kalau korang suka menikmati keindahan langit malam, Leapmotor C10 ni ada panoramic sunroof yang membolehkan korang tidur atau melayan perasaan sambil dilatari langit malam yang indah.
View this post on Instagram
Selepas itu, Iman, Shawn dan Muachi perlu menggunakan segala ‘kebijaksanaan’ yang ada dalam Leapmotor C10 berkenaan dalam cabaran seterusnya.
Sekiranya korang mencari kenderaan SUV yang ‘bijak’ korang mesti suka Leapmotor C10 ni sebab ianya didatangkan sistem infotainment yang dilengkapi dengan lampu ambience yang boleh dicustom mengikut rentak lagu, kerusi boleh laras, guard mode, nap mode dan pelbagai lagi.
Selain itu, SUV ini juga didatangkan dengan Advanced Driver-Assistance Systems termasuk bantuan pemanduan ketika kesesakan lalu lintas, amaran untuk pemandu mengantuk dan perhatian serta amaran sekiranya perhatian pemanduan terganggu.
Antara kelebihan lain Leapmotor C10 ni termasuklah pengecasan 30% hingga 80% hanya memerlukan 30 minit dan perkara ini juga termasuk dalam salah satu cabaran yang mana KOL ini perlu cari cara untuk mengecas kenderaan elektrik ini hingga 100%.
Selepas itu, KOL yang sertai cabaran 24 jam ini perlu meminta bantuan daripada orang awam yang berada di kawasan tersebut untuk sertai sesi karaoke yang mana boleh menambahkan lagi kutipan mata mereka. Memang sporting habis orang dekat sana!
Cabaran terakhir yang perlu dilakukan oleh Shawn, Iman dan juga Muachi perlu menguji keberkesanan sistem pengudaraan C10 tersebut.
Setiap cabaran yang berjaya dilengkapi, KOL ini akan menerima markah dan pemenang keseluruhan acara ini ialah Iman Kamil dengan kutipan markah tertinggi. Korang tengoklah sendiri reaksi Iman yang tak percaya dia berjaya membawa pulang Leapmotor C10.
View this post on Instagram
Kalau korang nak tahu, SUV Elektrik Leapmotor C10 ni baru-baru ini dilancarkan secara rasmi dalam sebuah acara yang diadakan di The Exchange TRX yang mana YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri Malaysia turut hadir bagi menyaksikan secara dekat kenderaan berkenaan bersama Daniel Gonzalez, Ketua Pegawai Operasi, ASEAN dan Pengedar Am, Stellantis dan juga Jamie F. Morais selaku Pengarah Urusan Stellantis Malaysia.
Memasuki pasaran EV tempatan, Leapmotor pastinya bakal mengganggu segmen tersebut dengan kehadiran SUV kenderaan elektrik (BEV) berkuasa bateri yang luar biasa, serta membawakan kenderaan pelbagai tenaga yang inovatif yang menyaksikan Leapmotor merupakan jenama EV pertama di bawah naungan Stellantis.
Jadi antara yang terawal memandu C10 pada harga istimewa RM149,000 sehingga 30 November 2024, sebelum dijual pada harga RM159,000.
Kalau korang nak tengok pelbagai ciri menarik SUV Elektrik Leapmotor C10 ni secara dekat, korang boleh ke roadshow yang akan diadakan di :
- Publika (Blue Zone) – 8-10 November 2024
- Pavilion Bukit Jalil (Orange Zone) – 15-17 November 2024.
Untuk maklumat lanjut dan daftar untuk pandu uji boleh ke laman web Leapmotor atau ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan juga Instagram untuk maklumat lanjut mengenai Leapmotor C10.