Min percaya, kalau korang rapat dengan atok dan nenek korang sejak kecil memang susah nak berpisah. Dah terbayang dah masakan sedap-sedap yang nenek selalu buat, atok bawak pergi jalan-jalan…
Boleh kata dah macam cucu kesayangan dah kalau susah nak berpisah dengan atok nenek ni. Sama macam satu video yang dikongsikan di TikTok menerusi akaun @nanadayana.11 yang mana telah buat ramai sebak dan sayu!
@tcer.nana Dari tadika atok wan hantar belajar, ni dah nak start mengajar pon old people hantarkan ??? no more videos with wan atokk
Mana taknya, dalam video ni atok dan nenek pemilik video itu betul-betul semangat nak hantar cucu dia. Bukan hantar pergi sekolah ke, kolej ke… Tapi ni siap nak hantar cucu pergi posting mengajar lagi tau!
“Beg dah bawak? Surat kau mana? Surat?” – Nenek dalam video
Bukan itu saja, atok dan neneknya juga siap pakai baju kemeja dan berbaju kurung dengan pakej pakai kasut kulit lagi haa! Wah-wah macam nak pergi majlis konvo dah ni!
Video yang telah mendapat lebih dari 900 ribu views dan juga lebih 100 ribu likes telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata terasa sayu dan sebak kerana kedua atok dan nenek wanita itu disifatkan sebagai pasangan yang betul-betul menyayangi cucunya.
Difahamkan atok dan neneknya memang sering menemani dirinya sejak tadika dan susah untuk duduk berjauhan. Mereka juga kelihatan begitu teruja melihat sekolah pertama yang akan menjadi tempat cucunya mengajar.
Min doakan supaya atok dan wan awak dipanjangkan umur ya! Seronok tengok relationship awak… Tetiba teringat opah dengan atok kat kampung… Huwaa, rindu!
Baca: “Macam ni mahal pun sanggup beli” – [VIDEO] Cantik! Atok 89 Tahun Dipuji Tulis Jawi Atas Kek