in

[VIDEO] Ambil Masa 5 Tahun Nak ‘Fluent’ Bahasa Korea, Lelaki Tak Sangka Perkongsiannya Dapat Perhatian

Page Farhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Annyeong! Saranghae~ Jinjja?

Kalau korang yang jenis kaki layan K-drama, mesti akan familiar dengan perkataan-perkataan ni kan? Mana taknya, hampir semua siri akan gunakan juggle ni sampaikan ada yang boleh hafal lah!


Walau bagaimanapun, dalam usaha nak memahami atau mendalami Bahasa Korea ini amatlah susah malah ada yang mengambil masa untuk betul-betul menguasai bahasa tersebut. Min pun struggle haa nak fluent…

Seperti satu video yang lalu di TikTok min baru-baru ini menerusi perkongsian milik @whyfarhann, telah menunjukkan perbandingan dirinya sewaktu awal-awal belajar Bahasa Korea pada 2018 dan juga pada 2022.

https://www.tiktok.com/@whyfarhann/video/7076444524393794843?_t=8QoqIxQ1kEk&_r=1

Lelaki yang lebih mesra dikenali sebagai Farhan bercakap kepada Lobak Merah, dia mula belajar Bahasa Korea di bawah Korean Intensive Programme (K-LIP) dari universitinya di UniKL pada 2017 sebelum meneruskan pengajian ijazah sarjana muda pada 2019.

“Apa yang buat saya nak belajar Bahasa Korea adalah sebab nak kongsikan semua pasal Korea dalam Bahasa Melayu memandangkan sekarang lebih ramai yang guna Bahasa Inggeris” – Farhan

“Memang cita-cita nak jadi cikgu”

Tambah Farhan yang berusia 23 tahun ini, dia mengatakan bahawa role modelnya merupakan ibu bapanya sendiri kerana mereka berdua merupakan guru bahasa yang mana mendorong dirinya untuk menjadi pengajar selepas selesai pengajiannya pada Mac 2023 nanti.

Screenshot 20220321 171309 Instagram

Screenshot 20220321 172259 Instagram

Disebabkan kesungguhannya dalam mempelajari Bahasa Korea ini, Farhan turut memaklumkan kepada Lobak Merah bahawa dirinya telah dijemput oleh UiTM Dungun sebagai panel untuk kongsikan pengalaman tentang budaya dan cara belajar di Korea Selatan pada Januari 2022.

Screenshot 20220321 171633 Instagram

Screenshot 20220321 171640 Instagram

Video perkongsiannya itu telah mendapat lebih dari 1.3 juta views di TikTok malah ramai yang memberi komen bahawa kebolehan Farhan ini juga merupakan impian peminat-peminat K-drama dan juga K-pop.

Suka betul korang ya! Farhan ni cakap dengan min yang nothing is impossible. Jadi, teruskan belajar kalau betul-betul nak kuasai Bahasa Korea okay? Hehehe..

Baca: [VIDEO] Netizen Tak Sangka Penjual Burger Mirip Pelakon Korea Park Bo-gum, Part Senyum Sama!

Untitled 3 12

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.