in

“Ujian sebagai hadiah” – Buta Selepas Kemalangan, Aura Positif Wanita Ini Buat Ramai Tersentuh

Wanita Buta Lepas Kemalangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita menceritakan kisah hidupnya di TikTok selepas terlibat kemalangan yang menyebabkan deria penglihatannya hilang telah mendapat perhatian ramai.

Aura positif Masitah Mohd Afandy atau dikenali sebagai Mashy tentang kemalangan dan keadaan diri selepas cedera parah dalam kemalangan pada 21 Mac lalu menyentuh hati ramai.


Kongsi tentang kemalangan

Segalanya bermula apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki co-founder NM Aircond Electrical & Cleaning Services itu dirempuh lori 15 tan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah, Selatan.

@masitahmohdafandy

#masitahaccident #buta #inspirasi

♬ original sound – N.Mashy – N.Mashy

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.50 petang ketika dia dalam perjalanan dari Sabak Bernam untuk pulang ke Johor Bahru.

Kemalangan itu juga telah mengorbankan salah seorang staf yang cedera parah sebelum meninggal dunia.

Mashy mengalami pelbagai kecederaan termasuk luka pada kepala. Keretakan pada bahagian kiri kepalanya terpaksa ditutup menggunakan plat.

Manakala wajahnya tidak sekata yang mana sebelah kanan agak tenggelam susulan kecederaan pada bahagian mata. Secara keseluruhan sembilan plat ditanam pada wajah dan kepala.

Berikutan kemalangan itu, dia dirawat selama 24 hari di wad hospital namun apa yang berlaku tidak menyebabkannya murung sebaliknya terus positif dalam meneruskan kehidupan.

Whatsapp Image 2023 03 21 At 18.24.29

Anggap ujian sebagai hadiah

Kongsinya di Harian Metro, dia tidak menganggap ujian yang menimpanya sebagai bala atau musibah tetapi hadiah dan tanda sayang daripada Allah SWT.

“Saya sedar selepas kemalangan cuma serta merta buta dan berulang kali tanya kepada kakitangan apa yang berlaku,” katanya.

Katanya, kebarangkalian untuk melihat hanya 20 peratus dan ia semakin menurun hingga disahkan buta sepenuhnya.

Dia akui sedih dengan apa yang berlaku namun menganggap ia bukan pengakhiran buatnya, malah bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk terus hidup.

@masitahmohdafandy

Macam mana boleh positif macam ni? Kenapa saya kata Allah tgh bergurau dgn saya? Ini ceritanya #masitahaccident #inspirasi #buta

♬ original sound – N.Mashy – N.Mashy

Menurutnya, dia berharap agar perkongsiannya dijadikan satu inspirasi serta manfaat kepada orang ramai.

Baca: “Saya seolah-olah mati 15 minit” – Mawi Kongsi Pengalaman Terkena Penyakit Misteri
Mawi Sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.