Menurut ajaran agama Buddha, karma bermaksud bagi setiap peristiwa yang berlaku, akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan membawa nikmat atau sebaliknya bergantung kepada kepada sebab musabab peristiwa pertama.
Dalam kata lain, buat baik dibalas baik buat jahat juga dibalas buruk, ajaran ini menunjukkan kita perlu membuat baik sesama manusia tanpa mengira latar belakangnya.
Itulah yang diceritakan dalam perkongsian pengguna Facebook Suzana Norlihan, dia menceritakan pengalamannya membantu dua orang wanita berbangsa Cina yang boleh menjadi pengajaran buat semua.
https://www.facebook.com/suzana.norlihanujen/posts/pfbid032WJoPC6899g3jdFrdrK1DZAq3C8SNvVsaF5ECXvDLtkDFJhmg8z9Txv3YXrsP9R3l
Wanita yang juga seorang peguam itu menceritakan dia sedang menemu ramah seorang lagi peguam lain untuk bekerja dengannya di sebuah kafe yang terkenal dan dia terlihat seorang wanita tua berbangsa Cina yang sedang berusaha untuk membuka pintu kafe itu untuk keluar.
“Saya lihat 3 orang Melayu yang duduk sebelah pintu buat tak tahu aje. Masa tu, hati saya kata, “Ya Allah, ini dugaan aku ni… Kau pilih aku masa ni” Tak tahu kenapa saya kata macam tu dalam hati saya.
Saya terus berlari kepada nenek tersebut dan bukakan pintu. Sambil tu saya kata dalam hati, “Macam mana pula nenek bongkok boleh ada kat Empire Subang ni?”
Masa bukakan pintu, sy baru perasan hujan sedang lebat. Jadi, saya tanya nenek tu dalam English mana dia nak pergi. Dia kata nak seberang jalan tunggu bas, saya terus rasa tak best sebab pertama, dia bongkok, nak jalan pun susah. Kedua, hujan sedang lebat.” tulisnya.
Disebabkan dia masih lagi sedang berada dalam urusan, dia memutuskan untuk menempah perkhidmatan e-hailing untuk menghantar warga emas itu yang mengatakan dia perlu pergi ke sebuah bank di USJ.

Sementara menunggu pemandu e-hailing sampai, Aunty itu berkata kepadanya;
“U believe in Karma? If u do good things, u will get good things back.” ayat itu membuatkan wanita berkenaan terngiang-ngiang.
Seketika pemandu Aunty tersebut sampai, dia sempat berpesan kepada wanita tersebut sambil memegang tangannya untuk sentiasa ingat tentang karma.
Lebih memeranjatkan, sejurus wanita itu menghantar warga emas itu tadi, hujan yang lebat terus terhenti.
“Buat baik dibalas baik”
Pada keesokan harinya, peguam itu mendapat sebuah kes yang besar dengan bayaran yang sangat tinggi.
“Saya teringat amount yang sy bayar InDrive semalam dan angka tu ditampah 4 angka kosong dibelakangnya sebelum titik perpuluhan diletakkan.
Ya Allah… Apa makna semua ini.
Minggu tu, setiap hari ada client baru yang called dan lantik saya. Semua amount hampir2. Saya bukan seorang yang buat marketing. Jadi, kalau ada client, Allah yang hantar untuk saya. Bukan usaha saya.” tulisnya lagi.
Selepas itu, pada hari yang berlainan, peguam itu membantu seorang lagi wanita berbangsa Cina dengan membukakan pintu untuknya ketika masuk ke tempat letak kereta.
Apa yang memeranjatkan, wanita Cina berkenaan mengucapkan terima kasih kepadanya dan tiba-tiba berpesan kepadanya mengenai karma lagi sekali.
“Thank u and good things will come to u again. Remember the word karma again ya. Aduh…. Kebetulan atau apa?” tulisnya.
Wanita berkenaan mengakhiri posting itu dengan berpesan agar buatlah kebaikan sehabis baik dan jangan lepaskan peluang membuat kebaikan bila ianya lalu depan mata.
Inspiring sangat!
Baca: “Kakak superhero” – [VIDEO] Ramai Kagum Lihat Pembantu Rumah Selamba Tangkap Tikus Guna Tangan