Seorang lelaki berusia 58 tahun telah didenda sebanyak RM3,000 kerana perbuatan menulis komen berunsur jelik terhadap seorang bayi iaitu anak Dr Amalina Che Bakri, lapor Sinar Harian.
Lelaki tersebut iaitu Ahmad Nasir Kadiri yang bekerja sebagai pemungut kelapa sawit telah melakukan perbuatan tersebut pada tiga tahun lalu.
Denda RM3,000 itu telah dikenakan terhadap lelaki itu oleh Mahkamah Sesyen.
Artikel Berkaitan: “Bukan 44 hari tapi seumur hidup” – Dr Amalina Kongsi Tips Berpantang Ikut Kajian Saintifik
Artikel Berkaitan: “Sini 3 bulan je” – Ramai Jealous Dr Amalina Boleh Ambil ‘Maternity Leave’ Sampai Setahun
Difahamkan, lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan difahamkan juga, jika dia tidak berjaya membayar denda tersebut, tertuduh selaku orang kena saman (OKS) boleh dipenjara selama enam bulan.
Tertuduh mengatakan dia memohon maaf, menyesal dan bertaubat dari perbuatannya itu serta berjanji tidak akan mengulangi tindakan itu lagi.
Dalam masa yang sama, tertuduh merayu agar hukuman denda itu diringankan kerana perlu menganggung seorang anak yang masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap kerana pekerjaannya jenis tidak menentu.
Semoga kes ini menjadi pengajaran untuk kita semua agar tidak menulis komen atau kata-kata berunsur jelik dan negatif terhadap mana-mana pihak yang menyakiti hati orang lain di media sosial.
Sumber: Sinar Harian