in

Tular Video Pegawai MB Kedah Bertengkar Dengan Orang Awam, Polis Buka Kertas Siasatan

Syaz Ft 2024 10 22T124523.058

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila individu dikatakan pegawai kepada Menteri Besar Kedah bertengkar dengan orang awam.

Difahamkan, pegawai itu mengasari wakil peniaga di Tapak Pasar Malam Jalan Pegawai, individu berkenaan berkata dia ditolak oleh pegawai tersebut dan perkara itu menimbulkan kekecohan.


Dalam laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian tersebut daripada dua individu berusia 48 dan 54 tahun pada pukul 1.25 pagi serta 10.58 pagi, hari ini.

Cats 19

Video penuh klik di sini.

“Berdasarkan rakaman video tersebut, beberapa individu didapati berselisih faham dengan seorang lelaki yang berada di tempat duduk bahagian pemandu sebuah kereta.

Polis telah membuka kertas siasatan berdasarkan kedua-dua laporan polis tersebut di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 504 KK serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Dalam video yang tular itu, lelaki berkenaan dilihat menafikan dakwaan dia mengasari peniaga terbabit, sebelum seorang individu lain berkata kejadian itu akan dilaporkan kepada pihak polis.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.