Satu video tular di media sosial bertajuk ‘Derhaka Ibu’ telah mendapat perhatian pihak polis dan kini kertas siastaan telahpun dibuka.
Video berkenaan adalah tentang dakwaan seorang lelaki yang telah melakukan kekerasan terhadap ibu kandungnya sendiri.
Artikel Berkaitan : “Nak tegur takut derhaka pulak” – Netizen Terhibur Tengok Gelagat Ibu Ini Selamba Jemur Kain Atas Ducati Panigale
Artikel Berkaitan : “Isteri derhaka tempatnya neraka jahanam” – Tan Sri Musa Hassan
https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1709197349405245632
Oleh itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata kesemua saksi yang terlibat kini telah dipanggil polis untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati, rakaman video tersebut dibuat rentetan satu kejadian yang berlaku pada 28 September lalu jam lebih kurang 9.28 malam.”
“Ia melibatkan selisih faham antara adik beradik dengan warga emas tersebut di Taman Pertama.”
Dalam pada itu, siasatan berkaitan kes itu dibuat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan.
Sumber : Sinar Harian