in

Tular Video Azan Dari Hawaii, Ramai Terpesona Dengar Alunannya Yang Unik!

alunan azan dari hawaii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang tak tahu rupa-rupanya wujud komuniti Islam di Hawaii, sebuah negara yang sering dikaitkan dengan keindahan pantainya dan menjadi pusat pelancongan terkenal di dunia.

Malah kalau korang nak tahu, Hawaii pun ada masjidnya sendiri yang dinamakan Manoa Mosque yang dibangunkan pada tahun 1980.


192911 mashaw1

Menurut Travel Detik, kebanyakan umat Muslim di Hawaii pada mulanya merupakan para pendatang dari Asia Timur dan Afrika. Malah mereka juga telah membentuk Muslim Association of Hawaii di sana.

Tular rakaman video azan dari Hawaii 

Pun begitu, baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan seorang muazzin sedang mengalunkan azan di sebuah masjid di Hawaii.

Lelaki tersebut kelihatan sangat bersemangat dalam melaungkan azan dan keunikan alunan azannya juga yang jarang-jarang didengar membuatkan ramai yang terpesona.

@encik.mastermind

Azan versi Hawai. Semoga Allah terima azan yang sangat cantik ini

♬ سبحان الله – Ali Dawud

“MasyaAllah uniknya” 

Rata-rata netizen di bahagian komen memuji alunan azan dari muazzin berkenaan kerana ia sangat unik didengar malah ada juga mengatakan iramanya seakan-akan lagu dalam filem animasi Moana.

azan hawaii

Selalu dengar azan dari Makkah dan Madinah je, jarang dengar dari negara-negara lain. Memang unik! 

Baca: [VIDEO] Momen Bersejarah Chelsea! Azan Berkumandang & Buka Puasa Di Stamford Bridge

azan buka puasa chelsea

Sumber: Travel Detik
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.