in

Tular Pijak ‘Kolam’ Deepavali, Kakitangan KPJ Berdepan Hukuman Penjara – Polis

ft lelaki pijak kolam deepavali

Hujung minggu lalu, tular satu video tindakan seorang lelaki berbaju melayu lengkap berwarna biru melakukan aksi vandalisme dengan memijak lakaran kolam di atas lantai sebuah hospital. Kolam itu dibuat sempena perayaan Deepavali lepas dan perkara ini telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia. .

Video tersebut memperlihatkan lelaki itu memijak dan cuba sepahkan kedudukan warna yang telah disusun dan diletak rapi sebelum berjalan di atas keseluruhan lakaran itu sambil disahut dengan gelak tawa di balik rakaman kamera itu.

 

Dipanggil polis

Screenshot 2022 10 31 113724

Video yang asalnya dimuatnaik di TikTok itu telah tular di Twitter dan telah meraih lebih daripada 14K jumlah retweets dalam masa 18 jam ia dimuatnaik. Rata-rata bengang dengan tindakan kakitangan tersebut sehinggakan ada yang labelkan lelaki itu sebagai rasis dan tidak menghormati adat dan budaya lain.

Screenshot 2022 10 31 114330 Screenshot 2022 10 31 114344 Screenshot 2022 10 31 114402 Screenshot 2022 10 31 114444

Berikutan dengan penularan video tersebut, Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang telah membuat satu laporan dan suspek akan dipanggil ke IPD Klang Utara hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, lelaki terbabit yang dipercayai kakitangan Hospital KPJ Healthcare.

Katanya lagi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja memudaratkan, atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 5 tahun.

313365439 487069033446424 4486945232874812662 n 313393652 487069116779749 5031902980659409884 n

 

Siasatan dalaman dan bakal dikenakan tindakan – KPJ Klang

313197531 487079593445368 8999784041714537184 n

Sementara itu, pihak KPJ Klang dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedar tentang video itu serta menegaskan mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan jelik dan tidak profesional daripada mana-mana kakitangan mereka dan akan menjalankan siasatan dalaman.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya menjaga tingkah laku dan menghindari tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Baca : “Tak ada member India, no hal” – Lelaki Jemput Kawan Melayu ‘Open House’  Deepavali Raih Perhatian Netizen!

hewfdq

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook