in

Tular Di Media Sosial Video 2 Lelaki Berselisih Faham Hingga ‘Bersilat’ Depan Tol

bersilat di plaza tol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di media sosial tindakan dua orang lelaki yang berselisih faham di kawasan plaza tol sehingga kedua-duanya menunjukkan aksi bersilat.

Kejadian tersebut sempat dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain  menggunakan rakaman dashcam sebelum ia tular di media sosial.


Terkini, pihak polis mengesahkan mereka telah menerima dua laporan berkaitan kejadian tersebut, lapor Harian Metro.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah lorong RFID, Plaza Tol Bukit Tambun arah Selatan, Nibong Tebal.

10

Artikel berkaitan : “Aku nak kutip barang aku jela bibik” – Cik Epal Tayang Kesan Calar Di Muka

Artikel Berkaitan: Polis Siasat Kes Bekas Isteri & Isteri Pempengaruh Bergaduh

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Superintendan Jay January Siowou iaitu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, suspek kini sedang dikesan oleh pihak polis.

Dalam kejadian yang berlaku pada waktu petang itu, difahamkan, insiden berlaku kerana perlanggaran kereta dari belakang.

Susulan insiden perlanggaran itu, pertengkaran telah berlaku dan salah seorang daripada individu tersebut juga didakwa telah membuat serangan fizikal dan ugutan jenayah.

Salah seorang daripada dua orang lelaki itu dilihat hanya memakai kain pelikat dan membuat aksi bersilat.

Seorang lagi lelaki pula dilihat cuba menunjukkan aksi tumbukan sebagai balasan kepada tindakan lelaki yang berpelikat itu.

Difahamkan, kedua-dua mereka beredar dari kawasan tol itu setelah ditenangkan oleh seorang lagi lelaki.

Sumber: Facebook

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.