in

Tragedi KL Tenggelam 1971: Malaysia Alami Kerugian RM 35 Juta, Air Dikatakan Naik Sehingga 32 Meter

Ft Kl Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan hari ini kita dapat lihat ada segelintir kawasan di KL dinaiki air banjir kerana hujan lebat yang berlarutan, ia pasti membuatkan ramai bimbang jika peristiwa yang pernah terjadi pada tahun 2021-2022 berulang lagi kan?

Tidak dinafikan ia memberikan satu kesan mendalam buat kita semua, tetapi, mungkin ramai tak tahu bahawa sebenarnya, ibu negara kita sebelum ini pernah alami banjir yang jauh lebih teruk pada tahun awal 70-an dulu.


Artikel berkaitan : Dubai Dilanda Fenomena Aneh, Langit Bertukar Hijau Lepas Banjir Besar

Artikel berkaitan : Kongsi Post Tentang Fakta Nasi Lemak, Warganet Banjiri Ruangan Komen Facebook CIA

Difahamkan, ia kerana hujan lebat berpanjangan selama beberapa minggu dari akhir tahun 1970 hingga awal tahun 1971, Kuala Lumpur boleh diibaratkan sebagai satu wilayah yang berada di tengah lautan kerana sebahagaian besar daripada ibu negara itu ditenggelami air.

Screenshot 2024 10 15 174330

Berdasarkan catatan sejarah eJournal UPSI,  peristiwa banjir besar yang berlaku pada tahun tersebut merupakan kali kedua selepas satu bencana alam yang dahsyat yang berlaku pada tahun 1926. Malah berdasarkan petikan daripada laporan Berita Harian pada tahun 1971, cucu kepada Allahyarham Haji Abdullah Hukum iaitu Encik Abu Bakar merumuskan bahawa banjir yang berlaku pada tahun 1971 adalah sama buruk dengan peristiwa yang digelar sebagai bah besar tahun 1926. Ini kerana air deras telah menenggelamkan landasan kereta api di Jalan Bangsar.

Gz5X0Xoaaaa5Skh

Petanda awal kejadian banjir itu berlaku apabila aras air di beberapa sungai mula deras dari 80 kaki sehingga ke 105 kaki atau 24 ke 32 meter pada Disember 1970 dimana  ia merupakan paras yang tinggi berbanding  biasa. Disebabkan itu, pada tahun awal tahun 1971 hampir keseluruhan kawasan tanah rendah di negara ini ditenggelami air.

Menurut sumber, banjir pada tahun 1971 ini bukan sahaja berlaku di Kuala Lumpur, ia juga melibatkan 3 negeri iaitu Pahang, Selangor dan Johor. Ribuan penduduk dari 3 negeri ini terpaksa dipindahkan. Pahang merupakan negeri paling banyak iaitu seramai 40,000 orang. Manakala di Johor hampir 17,000 orang dan Selangor adalah sebanyak 14,000 orang.

Manakala penduduk yang menerima ancaman banjir besar dari seluruh negara adalah sebanyak 180,000 orang dan negara mengalami jumlah kerugian yang besar, kira-kira RM 35 juta! Bayangkan, itu untuk tahu 1971, kita yang 2024 ni pun rasa dah mahalkan? 

Dalam pada itu, di Melaka pula, kenaikan aras air di Sungai Melaka telah membuatkan ramai penduduk berdepan dengan ancaman serangan buaya. Bahkan banyak juga haiwan reptilia lain seperti iguana dan ular yang kelihatan menjalar di dalam air banjir.

Kejadian banjir besar ini telah menyebabkan pihak kerajaan telah mengisytiharkan Darurat Banjir Kebangsaan. Ia dilakukan pada 5 januari 1971 oleh Tun Abdul Razak yang pada ketika itu masih lagi menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana hampir keseluruhan negara telah ditenggelami air.

Gz5X4Dpb0Aizbir

Bahkan Tun Abdul Razak telah memanggil sidang kabinet tergempar untuk mengumumkan perlantikan 2 jawatankuasa kabinet iaitu Jawatankuasa Bantuan dan Pemulihan Banjir dan satu jawatankuasa khusus untuk menaksir kerosakan, mengkaji dan menyarankan
langkah pemulihan ekonomi dan sosial.

Beliau sendiri yang mengetuai jawatankuasa ini dan beliau turun padang untuk melawat tempat-tempat yang ditimpa bencana dan mengarahkan seluruh jentera kerajaan untuk memberikan bantuan makanan dan rawatan perubatan yang segera kepada mangsa-mangsa banjir.

Banjir Rr1971

Akibat banjir ini, negara lain turut menghulurkan bantuan dari segi kelengkapan berupa ubat-ubatan serta makanan dan bot penyelamat untuk rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir. Malah, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut dibantu oleh 13 pesawat luar seperti Singapura, United Kingdom dan entera Amerika Syarikat yang berpangkalan di Vietnam.

Namun begitu, dalam banjir ini, hanya 3 negeri yang tidak terjejas iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Namun, banjir yang dahsyat ini telah membuatkan bekalan air , elektrik dan telefon terputus, malah sumber melaporkan bahawa Siaran Radio Malaysia untuk saluran Bahasa Melayu dan Inggeris tidak kedengaran sepanjang hari kejadian tersebut.

Sumber : Jabatan Pengairan dan Saliran, eJounal UPSI, UtusanTV, YouTube, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.