in

TikToker Terkenal Tampil Mohon Maaf, Beri Penjelasan Isu ‘Triton Lumpur’

ft triton lumpur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular tentang seorang pembeli kecewa setelah trak pikap yang baru dibeli rosak selepas hanya dipakai selama 48 jam dan selepas itu, dia mendapati kereta tersebut sebenarnya mempunyai pelbagai kerosakan lain sebelum dibelinya.

Menurut portal, kenderaan model Triton MIVEC tahun 2017 itu telah dibeli dengan harga RM82,000 on the road dari sebuah kedai menjual kenderaan terpakai sebelum kenderaan tersebut mengalami masalah overheating. 


Nak dijadikan cerita, kenderaan tersebut telah dihantar untuk pemeriksaan lanjut dan mendapati pelbagai kerosakan seperti waterpump berkarat, timing chain dan belting haus, condensor aircond bocor serta bahagian head bengkok.

adikjun tiktok 2

Pemilik yang dikenali sebagai Khairil itu kemudian ‘turun’ sendiri ke bengkel dan terkejut apabila mendapati Triton tersebut mempunyai kesan lumpur pada bahagian bawah termasuklah kotak gear.

Sehubungan itu, seorang TikToker terkenal dan juga salah seorang rakan kongsi kepada kedai menjual kenderaan terpakai tersebut telah tampil untuk memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Menerusi satu video di TikTok @adikjun_kereta, beliau mengakui terdapat kelemahan daripada pihaknya yang tidak membuat penilaian menyeluruh dan terperinci daripada broker dan platform yang menjual kereta terpakai terlebih dahulu.

adik jun tiktok

Tambahnya lagi, pihaknya tidak mempunyai kemampuan untuk membuat penilaian mengenai ‘kereta banjir’ kerana perkara tersebut memerlukan bahagian enjin diangkat keluar.

@adikjun_kereta Terima kasih dan minta maaf #adikjun #fyp ♬ nhạc nền – Sleeping Pills

Selain itu, beliau juga mengakui apa yang dipertikai oleh pemilik Triton tersebut yang mendakwa kenderaan tersebut berkemungkinan pernah melalui kawasan berlumpur dan bukannya kereta yang pernah ditenggelami air.

Artikel berkaitan : “CLA 45S Mat!” – Netizen Terkedu Tengok Majlis Nikah ‘Influencer’ Elcah, Mas Kahwin Dapat Mercedes

Artikel berkaitan : ”Dah mcm Mr Bean” – Bawa Sofa Letak Atas Bumbung, Myvi Ini Dapat Perhatian Orang Ramai

Menurutnya lagi, dia hanya memegang posisi sebagai pemasaran digital dan tidak dapat ‘turun padang’ untuk membuat pemeriksaan menyeluruh sebelum kenderaan-kenderaan tersebut dijual.

Jelasnya lagi, memandangkan kereta-kereta yang dijualnya itu adalah unit terpakai, jadi agak sukar untuk mengagak bilakah bahagian wear & tear akan rosak.

Pun begitu, dia juga menjelaskan yang dia dan pemilik sudah dapat menyelesaikan isu tersebut dengan baik dan berjanji perkara seperti itu tidak berulang pada masa yang akan datang dan akan menambah baik pada bahagian kawalan kualiti syarikatnya.

Sumber : The Vocket

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.