Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears membuat peminat terkedu selepas mengumumkan dia ‘menikahi’ dirinya sendiri.
Dalam sebuah hantaran di Instagram, dia dilihat sedang memperbetulkan gaun pengantinnya serta memakai veil yang sangat panjang.
Artikel berkaitan: “Paling legend!” – Pengacara Malaysia Dipuji, ‘Back Up’ Britney Spears Bila Dapat Soalan ‘Panas’
Artikel berkaitan: Britney Spears Dedah Pernah Gugurkan Kandungan Sebab Justin Timberlake Tidak Bersedia Jadi Ayah
Ikon pop yang berusia 42 tahun itu bercerai dengan suaminya, Sam Asghari tahun lalu dan itu merupakan perkahwinannya yang ketiga.
“Hari ini saya berkahwin dengan diri sendiri. Ia mungkin kelihatan memalukan atau bodoh, tetapi saya fikir ia adalah perkara paling cemerlang yang pernah saya lakukan,” tulisnya di kapsyen.
Pun begitu, tiada kenyataan rasmi berkenaan tindakan pelantun lagu Toxic ini meskipun perkara sebegini pernah dilakukan oleh beberapa individu di luar negara.
Sebagai info, Britney sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu dengan Sam Asghari (2022–2024), Kevin Federline (2004–2007), Jason Allen Alexander (2004–2004).
Perkahwinan terakhirnya dengan Sam Asghari berakhir selepas Sam memfailkan perceraian daripada Britney dan menyatakan sebab perpisahan mereka ialah ‘perbezaan yang tidak dapat didamaikan’.
Hmm, kesian pula tengok Britney Spears ni…
Sumber: Standard UK