in

Tidak Perlu Lagi Berjalan Guna Tangan Pakai Selipar, Murid OKU Terima Sumbangan Tongkat Beroda

murid oku terima sumbangan tongkat beroda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Murid OKU yang tular kerana berjalan menggunakan kedua-dua tangan yang disarungkan dengan selipar kini menerima sumbangan tongkat beroda untuk memudahkan pergerakannya.

Muhammad Shairid Hadid Ridhuan Shah yang berusia lima tahun, menghidap Caudal Regression Syndrome (CRS) yang menyebabkan kanak-kanak ini sukar berjalan.


Adik Shairid menerima sumbangan secara peribadi daripada Pengasas dan Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Setia Bersahabat, Amin Mohd Shukor.

Artikel berkaitan: “Dia tak pernah join mana-mana sukan” – Cikgu Tolong Tolakkan Kerusi Anak OKU Masa Bersukan Buat Ibu Sebak

@sitiazah87

hari pertama sekolah… happy je erk dik..ibu yg nervous..😂😂 #oku #caudalregressionsyndrome #cleftlipsnpalate #ibuanak5😍😘😁✌️ #pejuanghidupbahgia #malaysianindonesia🇮🇩🇲🇾 #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – are-zah – are-zah

Ramai nak beri sumbangan tapi tiada yang sediakan penyelesaian

Menurut Amin, ramai yang mahu memberi sumbangan tetapi tiada seorang yang boleh sediakan penyelesaian kepada adik Shairid.

“Kerana tiada kepakaran dalam pembuatan bahan keluli, jadi saya cari pembekal dan pihak yang boleh menghasilkan tongkat beroda buat Shairid.

“Alhamdulillah, ada pihak yang boleh membuatnya, bukan sahaja tongkat itu boleh diubah laras tinggi dan rendah, malah juga dapat menyangkut beg sekolah bagi mengelakkan bebanan buku teks yang berat.” katanya.

Screenshot 2025 02 28 150543

Jelas Amin, tongkat beroda yang ditempah khas untuk adik Shairid juga dapat digunakan untuk jangka panjang.

“Kalau tongkat jenis sama kat hospital biasanya untuk fisioterapi dan rehab, tapi yang ini kegunaannya sehingga usia 12 tahun.

“Dia mungkin ada kekurangan di bahagian kaki, tapi membesar di bahagian badan ke atas. Jadi, tongkat ini boleh dilipat, ditinggikan dan direndahkan,” ujarnya.

@amin.shukor

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dari awal. Ketika dari mula saksikan video pendek adik ini di sekolah hati saya berniat untuk menyumbang ‘sesuatu’ yang boleh memudahkan pergerakan Adik Shairid untuk jangka masa panjang. Saya bersyukur Pn. @are-zah menerima usaha ini dari awal dan keterlibatan pihak-pihak yang merealisasikan impian ini juga amat-amat dipermudahkan Allah SWT. Kepada Abg @yahayaisa291 dari FITRAH Stainless Steel Fabrication, terima kasih yang tak terhingga bang kerana keterlibatan menerima idea saya dari awal untuk jayakan misi ini. Kita sama-sama doakan Adik Shairid menjadi anak yang soleh, cekal serta membanggakan keluarga besarnya kelak. Kepada Allah kita berserah🤲

♬ original sound – Amin Shukor – Amin Shukor

Amin mengakui melihat kanak-kanak OKU itu tersenyum menggunakan tongkat beroda yang disumbangkannya merupakan satu kepuasan.

Dalam pada itu, dia turut mengagumi ibu Shairid, Siti Azah Mohd Jinal, yang tidak pernah meminta atas kekurangan yang ada.

Difahamkan, adik Shairid menerima tiga sumbangan tongkat beroda iaitu daripada Amin, seorang pengusaha bengkel besi di Kedah dan pemilik bengkel motosikal di Felda Bukit Easter.

Alhamdulillah, terima kasih orang baik.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.