in

“Tiada lagi urusan di kaunter” – AirAsia Bakal Kurangkan Kaunter Daftar Masuk Bermula 1 April

AirAsia Kurangkan Kaunter Check In

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

AirAsia dalam satu pengumuman menerusi laman web mereka baru-baru ini menjelaskan bahawa inisiatif mereka untuk ‘memindahkan’ kesemua penumpang mereka dari mendaftar masuk secara manual dan berdepan di kaunter kepada proses pendaftaran masuk tanpa sentuhan melalui aplikasi mereka AirAsia Super App mahupun laman web dalam landasan yang betul.

Ini berikutan syarikat berkenaan berjaya meyakinkan 95% daripada pengguna mereka supaya memilih untuk proses daftar masuk tanpa sentuhan sesuai dengan pelan mitigasi yang dijalankan kerana pandemik.


Difahamkan, kaunter pendaftaran masuk akan mula dikurangkan menjelang 1 April bagi memastikan mereka boleh mengamalkan proses pendaftaran tanpa sentuhan secara penuh.

AirAsia contactless services

Dalam masa yang sama, bagi meningkatkan keselamatan penumpang, AirAsia telah meluaskan lagi penggunaan pas masuk digital selain penambahan kiosk digital untuk tujuan mencetak tag bagasi dengan hanya mengimbas kod QR di telefon pengguna.

Selain mengelakkan pengguna daripada beratur panjang untuk mendaftar masuk, proses pendaftaran tanpa sentuhan ini juga dapat memberikan pengalaman penerbangan yang lancar dan efisyen.

Selaras dengan pengurangan kaunter check-in tersebut, AirAsia difahamkan telah mengeluarkan  bayaran untuk proses pendaftaran masuk (check-in fee) bermula 1 April 2022 nanti.

SuperApp Stock2

Namun, pengecualian akan diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah untuk mendaftar masuk melalui laman web atau aplikasi Super App. Mereka termasuklah :

  • Warga emas berumur 70 tahun ke atas
  • Tempahan dibuat di bawah waran Angkatan Tentera Malaysia dan Kerajaan
  • Penumpang dalam penerbangan sewa khas (chartered)
  • Penumpang yang telah mendaftar masuk sendiri tetapi perlu mencetak semula pas masuk
  • Penumpang kurang upaya memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah
  • Tempahan berkumpulan 10 orang tetamu dan lebih
  • Penumpang muda yang melancong bersendirian (berumur 12-16 tahun)
  • Penumpang yang terjejas oleh perubahan jadual dan pembatalan penerbangan
  • Penumpang yang melakukan upgrade tempat duduk dan/atau pembelian tambahan di kaunter daftar masuk
  • Penumpang  terjejas akibat gangguan sistem aplikasi super, laman web atau kiosk
  • Penumpang yang tidak diberikan tempat duduk semasa daftar masuk sendiri
  • Penumpang Full Flex dan Premium Flex

Ha, kalau korang ada merancang atau akan menggunakan perkhidmatan AirAsia selepas 1 April nanti, pastikan alert dengan perubahan yang diumumkan ni ye, jangan nanti tiba-tiba banyak pulak keluhan di Facebook.

Baca : Travel Naik Pesawat Tak Selamat Sebab Omicron Tengah ‘Mengganas’? Ini Yang Korang Patut Tahu…

Penerbangan Selamat Semasa Covid

Sumber: AirAsia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.