Pemenang Oscar, Gene Hackman, isterinya Betsy Arakawa serta seekor anjing peliharaan mereka ditemui meninggal dunia di kediaman mereka yang terletak di Santa Fe, New Mexico, Amerika Syarikat pada hari Rabu.
Jasad mereka ditemui oleh pekerja penyelenggaran yang datang ke rumah tersebut, siasatan mendapati pelakon filem The French Connection itu serta isterinya sudah meninggal dunia beberapa hari.
Artikel berkaitan: 7 Selebriti Yang Tinggalkan Hollywood Sebab Nak Hidup Normal
Artikel berkaitan: “Cinta tak semestinya bersama” – 7 Kisah Percintaan Tragik Selebriti Hollywood
Denise Avila, jurucakap pejabat sheriff berkata tiada tanda-tanda mereka telah ditembak atau mengalami sebarang luka yang menunjukkan perbuatan jenayah.
Pun begitu, detektif Pejabat Syerif Daerah Santa Fe menulis dalam afidavit waran geledah berpendapat kematian itu cukup mencurigakan untuk dijalankan carian serta siasatan yang menyeluruh.
Syarikat New Mexico Gas Co. serta pihak bomba telah menguji saluran gas di dalam dan sekitar rumah di pelakon itu, namun tidak menemui sebarang tanda-tanda kebocoran karbon monoksida atau keracunan gas.
Dalam pada itu, keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mayat masih belum selesai, manakala keputusan ujian karbon monoksida dan toksikologi juga masih belum tersedia.
Sebagai info, Gene Hackman merupakan calon Anugerah Oscar sebanyak lima kali dan beliau memenangi anugerah pelakon terbaik bagi filem The French Connection pada tahun 1972 dan pelakon pembantu terbaik untuk filem Unforgiven.
Pelakon serba boleh itu terkenal dengan wataknya dalam filem adiwira Superman yang memegang watak penjahat, Lex Luthor.
Sumber: AP