Bagi peminat filem Bollywood zaman 2000-an, korang pasti takkan lupa dengan pelakon wanita berlesung pipit ini, Preity Zinta.
Mereka yang masih mengikuti perkembangan Preity pastinya dah tahu yang dia sekarang sudah berkahwin dengan Gene Goodenough pada February 2016 dan kini menetap di Los Angeles.
Pun begitu, tiba-tiba saja hari ini, Preity dan suaminya melalui Instagram peribadi pelakon itu mengejutkan peminat apabila mengumumkan mereka sudah menimang cahaya mata kembar bernama Jai dan Gia Zinta Goodenough. Wahh tahniah!
https://www.instagram.com/p/CWZ93DyrYZU/?utm_medium=copy_link
Dapatkan anak melalui ibu tumpang, netizen samakan dengan filem
Menurut perkongsian Preity, dia dan suami menimang cahaya mata tersebut melalui proses ibu tumpangan yang mana merujuk kepada proses menumpang rahim seseorang wanita yang berkeupayaan untuk hamil secara sukarela atau dibayar dengan kadar tentu.
Proses yang digunakan Preity dan suaminya ini telah mendapat respon netizen yang berpendapat ia amat sama dengan kisah di dalam filem yang dilakonkan Preity bersama Rani Mukherji dan Salman Khan iaitu Chori Chori Chupke Chupke.
Chori Chori Chupke Chupke yang ditayangkan pada tahun 2001 itu mengisahkan pasangan suami isteri, Raj (Salman Khan) dan Priya (Rani Mukherji) yang tidak mampu mempunyai anak kerana Priya menjadi mandul akibat keguguran.
Atas saranan doktor, demi mendapatkan anak, mereka kemudian mencari seorang ibu tumpang dan akhirnya bertemu dengan Madhu (Preity Zinta) yang bersetuju dengan proses itu demi mendapatkan wang.
https://twitter.com/BrownPeopleDo/status/798899985521737729?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E798899985521737729%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fwp-admin%2Fpost.php%3Faction%3Deditpost%3D242812
Apa-apapun ramai di kalangan netizen mengucapkan tahniah kepada Preity dan tidak sabar melihat wajah comel cahaya mata mereka itu.