Acara yang menggabungkan muzik, cosplay dan keriangan tanpa henti, Japan Summer Fest bakal diadakan di Sunway Lost World of Tambun pada 17 Ogos 2024 nanti dan pastinya ia bakal menjadi festival musim panas yang menjdi bualan ramai.
Festival yang bakal bermula jam 6 petang hingga 11 malam tersebut menjanjikan pengalaman luar biasa pada pengunjung yang mana pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti Cosplay Paradise, DJ Music Festival, Natsu Matsuri dan macam-macam lagi.
Untuk pengetahuan, pada hari acara, Taman Tema The Lost World of Tambun bakal ditutup untuk pemilik pas bermusim mahupun tiket harian, hanya pemegang tiket Japan Summer Fest sahaja akan dibenarkan masuk ke taman tema tersebut.
Dalam masa yang sama, pastinya ramai tak sabar untuk menyaksikan keindahan taman tema tersebut pada waktu malam dengan pengunjung boleh bermain pelbagai permainan di Amusement Park & Water Park seperti Lupe’s Adventure, Storm Rider, Tube Raiders dan banyak lagi.
Senarai permainan yang korang boleh main sepanjang acara tersebut :
- Hot Springs & Night Park
- Crystal Spa
- Petting Zoo
- Luminous Forest
- Haunted Chambers
- Amusement Park & Water Park
Sempena Japan Summer Fest tersebut, terdapat juga sekitar 100 unit Bichimao Installation, acara Cosplay Paradise yang mana pengunjung akan mengenakan pakaian watak-watak terkenal manga dan juga anime serta Fire Show yang pastinya membuatkan para pengunjung teruja.
Nantikan kemunculan DJ dari Jepun yang akan membawakan pelbagai muzik yang akan merancakkan lagi Summer Fest tersebut seperti Project Meido, Trouble Group, Neko Sama, DJ Yang 2 + Hayate dan ramai lagi!
Tiket boleh didapati di Ticket2u dan juga Excitix pada harga RM99 untuk ke festival eksklusif ini selain dapat bermain semua permainan yang ada di The Lost World of Tambun (kecuali Tin Valley & Animal Care Centre).
Khas dan eksklusif untuk pembaca Lobak Merah, dapatkan potongan RM10 dengan menggunakan kod JSF10LM untuk membuat pembelian di Excitix atau gunakan kod JSF003 sekiranya membuat pembelian di Ticket2u.
Korang kena beli cepat sebab hanya 1000 pembaca terpantas sahaja berpeluang untuk tebus kod di kedua-dua platform berkenaan dan dapatkan potongan RM10 untuk tiket ke acara Japan Summer Fest 2024 ni tau!
Acara : Japan Summer Fest
Tempat : The Lost World of Tambun, Ipoh
Tarikh : 17 Ogos 2024
Masa : 6pm – 11pm.
Tandakan kalendar korang tau, kita jumpa di sana!