in

Tetap Menari Meskipun Pasangannya Menangis, Gelagat Kanak-kanak Perempuan Ini Dipuji Ramai

f3 kanak kanak perempuan tetap menari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak memang ada bermacam ragam. Ada yang suka mengusik, ada yang suka buat perkara-perkara nakal dan ada juga yang suka menangis.

Namun, kanak-kanak perempuan ini pula dipuji netizen kerana dia dilihat tetap menari meskipun pasangan tariannya menangis dan tidak mahu menari.


Gelagat kanak-kanak perempuan dari China itu telah menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat tidak menjadikan pasangannya yang menangis itu sebagai halangan untuknya tetap meneruskan persembahan di atas pentas bersama rakan-rakan yang lain.

Video tersebut telah dikongsikan di platform Douyin (TikTok China) dan telah meraih ribuan tontonan daripada warganet negara itu.

Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Gaza Kongsi Cara Buat ‘Kek Malas’, Rupa Sama Macam ‘Kek Batik’!

Artikel Berkaitan: “Dia kecewa betul” – Anak Sari Yanti Sangka Dapat Gelaran ‘Hajah’ Lepas Buat Simulasi Haji

Dalam video yang berdurasi selama 34 saat itu, dapat dilihat beberapa pasangan kanak-kanak lelaki dan perempuan berada di atas pentas untuk membuat persembahan tarian bersempena dengan Hari Kanak-kanak di tadika mereka dengan pasangan masing-masing.

Namun, ketika persembahan tersebut, seorang kanak-kanak lelaki itu menangis dan tidak dapat menari, mungkin kerana gugup berada di hadapan orang ramai.

Namun, pasangannya tidak menjadikan perkara itu sebagai halangan kerana kanak-kanak perempuan itu terus menari meskipun terpaksa melakukan tarian itu seorang diri.

Rata-rata netizen memuji kanak-kanak perempuan itu kerana sikapnya yang tabah meneruskan persembahan tersebut.

Sumber: Douyin, Mothership

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.