Feat 12

Raya dah nak dekat ni, korang mesti tengah sibuk buat persediaan raya kan? Dengan nak beli baju raya, nak beli kuih raya lepastu rumah nak kena kemas lagi. Ish macam-macamlah.

Tambah pening kepala bila fikir nak kena bagi duit raya dekat anak-anak buah korang yang tengah menanti je nak hulur tangan tu.


Bukan apa, nak bagi duit raya sekarang bukan boleh seringgit dua je kan? Lepastu proses nak sediakan duit raya tu punyalah leceh. Meh admin senaraikan antara proses nak sediakan duit raya yang korang semua confirm mengeluh every year.

Lecehnya Nak Kena Hadap 4 Benda Ni Semata-mata Nak Bagi Duit Raya Dekat Anak-anak Buah

1. Nak kena cari/beli ‘ang pow’ duit raya

20150724 135555
Sumber: blog

Haa, kalau admin, memang pening nak cari ang pow nak letak duit raya ni. Mana taknya, kalau dapat free pun selalunya bukan banyak sangat, anak buah berderet-deret.

Nak suruh beli? Haih, duit lagi! Lepastu berapa banyaklah sangat orang yang jual sampul raya ni kan? So, memang mengharap ang pow free je lah.

Kalau takde, terpaksa lah bagi duit gitu je. Buatnya bajet tahun tu kurang, tak pasal je kena kutuk dengan anak buah “dah lah bagi sikit, takde sampul pulak tu!”. Aihh, nayaaa.

2. Kena ‘Q’ panjang dekat bank semata-mata nak tukar duit raya

Maybank Queuecard1712 620 432 100
Sumber: carigold

Ni adalah part paling leceh sekali bila nak sediakan duit raya. Mana taknya, kita dengan busy kerja lagi mana ada masa nak lari pergi bank tukar duit raya kan?

Lepastu, kalau dapat curi masa nak tukar duit, nak kena beratur tu… Allahuuu memang panjang betul. Berjam-jam!

Tu belum kira bila kita nak pergi tukar duit masa hujung-hujung puasa, bank kata duit habis. Memang menangis! Apa nak jawab dengan anak buah?

3. Nak pergi beraya kena standby duit raya

Img 0080
Sumber: deenamik

Ni lagi satu, everytime nak pergi beraya rumah sedara-mara atau kawan-kawan, mesti nak kena ingat nak bawa duit raya.

Susah kot, terpaksa bawak beg sebab nak letak dalam poket berat. Yelah, bila nampak budak-budak dekat rumah sedara-mara atau kawan-kawan mestilah nak kena hulur. Ye dokkkk?

4. Duit cepat habis sebab cash sentiasa ada depan mata

Empty Wallet
Sumber: google

Masalahnya, bila kita asyik kehulur-kehilir bawa duit raya, at the same time kita pun mesti akan guna duit ni jugakkan kalau singgah kedai?

Duit kecik memang cepat je lah pakai, macam air je habis. Biasalah kalau duit dalam bank, kita malas sikit nak keluarkan tapi kalau ada depan mata, macam-macam kita nak beli. Belum habis raya, duit habis dulu.

Tapi lepasni korang tak payah risau, sebab…

Korang boleh hantar duit raya pada insan tersayang dengan hanya guna WeChat Pay je!

Korang bukan je tak payah nak beratur dekat bank, dengan WeChat Pay ni, korang boleh bagi duit raya atas talian siap ada sampul lagi tau!

For those yang stay kat oversea pun boleh send duit raya guna WeChat Pay..So takde alasan lagi dah

Bukan tu je, korang siap boleh karang ucapan raya lagi masa bagi duit tu! Bestnyaaa. Nak bagi duit raya pun senang je, korang cuma ikut 5 langkah mudah ni.

1. Pilih siapa yang korang nak bagi duit raya. 

2. Masukkan jumlah wang beserta ucapan raya.

 

Satu Satu

3. Pilih ‘ang pow’ paket yang korang berkenan

4. ‘Send’ duit raya

Dua 1

5. Orang yang korang pilih tu akan dapat duit raya dan korang boleh tambah amaun bila-bila masa je. Senang kan?

18 1

Kalau korang adalah penerima duit raya, korang akan dapat mesej macam dalam gambar kat bawah ni, lepas tu korang hanya perlu tekan “Open” atau “Buka”. Lepastu enjoyyy

Collage 37

Kupon Khas di Starbucks & Hari-Hari

1 8 2 6

Bukan setakat boleh bagi duit raya tau! Dengan WeChat Pay ni, korang boleh nikmati secawan kopi Starbucks lepas berbuka atau pun shopping baju raya dekat Hari-Hari tau!

Cara dia senang je:

  • Pertama, log masuk ke laman FB rasmi WeChat Pay MY. Scroll ke bawah sampai jumpa Kod Bar Hari-Hari.
  • Imbas kod QR untuk menerima kupon tunai Hari-Hari bernilai RM5 yang korang boleh gunakan dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM10.
  • Bagi promo Starbucks, korang dapat menikmati potongan sebanyak RM5 daripada harga minuman korang bila membelanjakan RM8.

G 1 L

Goncang dan Menang Lagi Banyak Kupon

Korang juga boleh dapatkan lebih banyak ganjaran setiap kali berbelanja dekat Starbucks atau Hari-Hari tau.

  • Dapat kupon tambahan bernilai RM9.90 hanya dengan berbelanja minimum RM8 dekat Starbucks atau RM10 dekat Hari-Hari dan dapat Shake Bonus daripada WeChat Pay.

Tapi setiap kupon hanya sah untuk 14 hari dan satu kupon boleh guna untuk satu transaksi.

PERINGATAN: kupon yang mempunyai nilai paling tinggi akan digunakan dahulu manakala kalau korang dapat lebih daripada satu kupon nilai sama, kupon yang tamat tempoh paling awal akan digunakan dulu.

N Q

Memang best lah, rugi kalau korang tak grab semua ganjaran dari WeChat Pay ni. Kalau korang tak pernah guna lagi WeChat Pay, download aplikasi WeChat ni sekarang tau!