Miss Match Featured

Zaman sekolah adalah selalunya zaman yang kita sangat rindu sebab ada banyak memori indah tercipta bersama rakan-rakan sebaya.

Namun setiap perkara yang indah, pasti ada terselit beberapa insiden memalukan dan perkara yang tak diingini berlaku di zaman sekolah, kan? Ini termasuklah bila korang ada musuh, si classmate yang suka memerli, kuat jealous dan membuli korang.

Giphy

Guess what? Lepas berbelas tahun semua tu berlalu, tup-tup korang terjumpa kembali ‘musuh’ zaman sekolah ni dan ternyata dia masih menyimpan dendam terhadap korang! Wuish sangat tak matang ye sis perangai awak… 

Inilah yang berlaku kepada Melissa dalam siri terbaru penuh drama bertajuk Miss Match di WeTV! Nah trailernya! 

Miss Match – Trailer

Kalau boleh menemukan jodoh untuk orang, takkan Melissa tak jumpa Mr. Right-nya lagi? Jangan lupa saksikan Miss Match, sebuah Mini Siri WeTV Original dibintangi Kilafairy Bella Dally #MimiLana #DonnaMuslim #EmeldaRosemila #AtiqAzman dan arahan #TamSuhaimi. Bermula ESOK, tonton percuma dan eksklusif di http://bit.ly/MissMatch_WeTV #WeTVmy

Posted by WeTV Malaysia on Tuesday, February 23, 2021

 

Reunion jadi punca hubungan Melissa dan Adrea kembali ‘panas’

Kalau korang jadi Melissa, korang pergi tak reunion sekolah lama bila tahu musuh korang pun ada sama? Kalau tanya admin, memang taklah sebab malas nak create drama.

49239522 2332279373471772 6301304377189597184 O

Tapi Melissa, seorang wanita yang bekerjaya sebagai hos rancangan ‘Berdua Bersatu’, sebuah rancangan mencari pasangan ideal ini tak kisah dengan semua tu. Dia yang masih ‘solo’ ni sangka, Adrea mungkin dah lama lupakan sengketa antara mereka berdua.

Macam manapun, rasa bimbang tu masih ada lah sampai dia kongsikan perkara ini dengan Shad dan Iqy, kawan baiknya merangkap rakan sekerja. Mendengar masalah yang dihadapi Melissa, Shad dan Iqy buat rancangan.

Kila

Mereka nak hire boyfriend upahan untuk Melissa supaya kawan dorang tak kena ‘bahan’ dengan Adrea masa reunion nanti.

Opsss… tapi nampaknya plan dorang backfire sebab Melissa memang tak suka hidupnya diatur walaupun dia memang perlukan boyfriend masa-masa macam ni!

 

Harris bakal jadi punca perang musuh zaman sekolah meletus?

Namun siapa sangka, jodoh Melissa kuat pula dengan seorang lelaki yang dia jumpa secara tak sengaja berkali-kali ini.

Paling best, masa Shad nak ambil hati Melissa dan beri dia free hair treatment kat satu salun ni, dia jumpa lagi dengan mamat tu! Kali ini, Melissa ambil pendekatan untuk berkenalan dengan Harris kerana mereka agak serasi.

Miss Match 2

Nak dijadikan cerita, semasa Melissa dan Adrea pergi melawat tempat yang bakal dijadikan venue reunion mereka, Harris datang menjemput Melissa. Macam nak tercabut rahang Adrea ternganga tengok kemesraan Melissa dan Harris. Cemburu? Atau… Melissa ni sebenarnya kenal dengan Harris? Haa ini yang buat kita tertanya-tanya!

Adrea 1

Macam orang nak balas dendam, Adrea sengaja buat rancangan untuk suruh Melissa pakai baju maskot masa zaman sekolah di reunion nanti. Nak malukan Melissa lah tu!

 

Betul-betul miss drama, Adrea nak buat apa pulak lepas ni…

Rasanya apa yang Adrea  buat sekarang ni, baru sikit je kan? Tunggulah episod 3 dan 4 nanti mesti lagi ekstrem!

Admin yakin apa yang korang nak tahu sekarang mestilah tentang hubungan Adrea dan Harris kan? Hasil tilikan admin pastinya ada ‘something going on’ dengan mereka berdua ni sampai Adrea marah sangat dengan Melissa.

Missss

Apa-apapun yang admin takutkan, boleh jadi Adrea ni dah sampai ke tahap nak rosakkan karier hidup Melissa sampai viralkan satu perkara mengenai Melissa yang tak sepatutnya ramai orang tahu. Oh no! Habislah Melissa kena hamun dengan boss from hell dia tu, Elyna!

Rasa-rasa dengan perangai Adrea macam tu, nak ke lagi kawan-kawan dia rapat dengan dia lagi?

Nak tahu apa yang terjadi? Get ready for episode 3 & 4 Miss Match pada 4 dan 5 Mac pukul 8 malam di WeTV!” 

25 Miss Match Movie Poster Visual

Jomlah stream secara percuma di WeTV episod 1 dan 2 Miss Match dan ketahui apa yang berlaku dalam hidup penuh drama ala ‘Mean Girls’ Melissa dan Adrea ni.

Agak-agak sampai bila ye dorang ni nak jadi musuh?

Sumber: Facebook