in

Terpedaya Dengan Lelaki ‘Pisau Cukur’, Wanita Dipuk*l & Rugi RM300K

syaz ft 2025 01 17T125556.614

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pisau cukur merupakan peribahasa yang digunakan bagi menggelarkan wanita yang suka ‘mengikis’ harta benda terutamanya wang pasangan mereka, namun lain pula ceritanya dalam kes ini apabila seorang lelaki yang memperdaya wanita lalu mengikis wangnya.

Lebih menyedihkan, wanita itu turut dipukul oleh bekas kekasihnya itu selepas wangnya lesap ‘dikikis’.


Artikel berkaitan: Doktor Palsu Nikahi Hampir 20 Orang Wanita, Semata-mata Ingin Kikis Harta

Artikel berkaitan: “Sanggup kau bang” –  Isteri Dipukul Lepas Suami Didakwa Kantoi ‘Check-In’ Dengan Perempuan Lain

Menurut laporan Harian Metro, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Jihan, 39, itu juga mendakwa dia diugut lelaki berkenaan, jika tidak memberi wang.

Dia yang juga anak seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ itu mendakwa turut kerugian lebih RM300,000 akibat diperdaya lelaki terbabit.

cats 16

Pada mulanya, lelaki itu menunjukkan sifat penyayang dan berjanji untuk berkahwin dengannya, di samping memberitahu dalam proses untuk berpisah dengan isteri walaupun sudah mempunyai seorang anak.

“Disebabkan dia berjanji untuk berkahwin dengan saya, apa saja yang dia mahu saya tunaikan sehinggalah saya sanggup membelikan sebuah kereta BMW, sebuah motosikal, jam tangan berjenama bernilai RM6,000, cermin mata bernilai RM2,000, serta memasukkan wang ke dalam akaun bank miliknya setiap bulan,” katanya.

Jihan juga sering ke Langkawi untuk bertemu kekasihnya itu, malah turut membelikan sebuah jetski agar dia dapat menjalankan perniagaan di sana.

Bagaimanapun, lelaki itu mula menunjukkan sikap panas baran apabila wanita itu tidak memberikan wang kepadanya sejak tahun lalu menyebabkan individu itu marah.

Wanita itu mendakwa, dia pernah dimaki hamun selain cedera selepas dicekik, ditumbuk dan dihantuk kepala serta diugut oleh lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan wanita terbabit.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.