in

Terpaksa Tidur Di Beranda Beralaskan Selimut, 80 Sukarelawan Ambil Masa 6 Jam Kemas Rumah Warga Emas

ft kemas rumah warga emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

80 ahli sukarelawan mengambil masa selama 6 jam untuk bersihkan dan keluarkan sampah seberat kira-kira satu tan dari rumah seorang warga emas di Taman Koperasi Jerantut, hari ini.

Kerja pembersihan yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan, Haris Salleh Hamzah itu dibuat kerana kediaman Halimah Mat Arop, 75, tidak terurus sejak beberapa tahun lalu.


Artikel berkaitan : Wanita Warga Emas Berusia 101 Tahun Peluk Islam

Artikel berkaitan : Jiran Terhidu Bau Busuk, 2 Beradik Warga Emas Ditemui Mati Dalam Rumah

Memetik laporan Berita Harian, mereka bukan sahaja mengeluarkan barangan lama, mereka juga membasuh, membersihkan rumah dan juga sekitar kawasan rumah yang dipenuhi semak samun.

Menurut Haris Salleh, beliau berasa sedih dengan nasib Halimah yang sudah tak mampu uruskan rumahnya yang sudah berusia. Jelasnya, suasana di rumah Halimah sangat teruk sampaikan susah untuk melangkah masuk kerana dipenuhi timbunan dan pelbagai barangan yang dianggap sampah.

Screenshot 2024 12 23 115512

“Rumahnya tidak terurus, pelbagai barangan dibiarkan begitu sahaja sehingga kita tidak boleh berjalan di dalam rumah menyebabkan dia terpaksa tidur di beranda rumah yang ditutup dengan selimut sebagai tabir.”

“Kawasan rumahnya juga berbau busuk kerana dia memelihara banyak kucing yang membuang najis merata. Dia memberi alasan tidak mampu mengurus rumah kerana sudah berusia dan terpaksa bekerja di kawasan Pasar Tani Jerantut.”

Kerja-kerja pembersihan itu membabitkan pelbagai agensi SWCorp, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Daerah Jerantut (MDJ) dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut. Menurutnya, Halimah turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2021.

Screenshot 2024 12 23 115530

Sementara itu Halimah berkata dia tak larat membersihkan rumah kerana sudah tua dan mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang membantu membersihkan rumahnya. Katanya, Halimah juga turut mendapat bantuan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2021.

Sementara itu Halimah mengatakan bahawa dia tak larat membersihkan rumah kerana sudah berumur dan mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang membantu membersihkan rumahnya.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.