Sama ada secara pandu lalu serta tempah dan dan ambil tidak dibenarkan.
Kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang bentuk bazar ramadan dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,”- Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Ujarnya keputusan itu diambil selepas pihaknya meneliti pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung bazar ramadan, lapor Berita Harian.
Perkara itu diumumkan pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan perlaksanaan PKP hari ini.