in

[TERKINI] Pengasas KK Mart & Isteri Mengaku Tidak Bersalah Hina Agama Islam

KK Mart

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengasas KK Super Mart dan isterinya, hari ini telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking bertulis kalimah Allah.

Kedua-duanya, Datuk Seri Chai Kee Kan dan Datin Seri Loh Siew Mui telah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Muhammad Anas Mahadzir.


Mereka telah didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Artikel berkaitan: Isu Stoking Kalimah Allah: KK Supermart Saman Syarikat Pembekal RM38 Juta

Artikel berkaitan: KK Mart Jementah Diarah Tutup, Tiada Penjualan Stoking Kalimah Allah Tapi…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AstroAWANI (@501awani)

Kedai serbaneka berkenaan telah menjadi tumpuan baru-baru ini susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah telah dijual di sebuah kedai rangkaiannya pada 13 Mac lepas.

Kee Kan kemudian telah membuat permohonan maaf atas kontroversi tersebut dalam satu sidang media yang diadakan pada 16 Mac bersama pengurusan tertinggi dan syarikat pembekal dan pemilik Xin Jian Chang, Soh Chin Huat yang mendakwa stoking itu diimport dari China.

KK Mart juga pada masa yang sama telah menyaman vendor, Xin Jian Chang Sdn Bhd (XJC) kerana didakwa telah mensabotaj perniagaan kedai serbaneka itu dengan membekalkan stoking berkenaan.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.