in

Terkejut Tiba-tiba Dapat Writ Saman, Rupanya Bekas Majikan Didakwa Guna IC Mangsa Buat Loan Bank RM250K

ft bekas majikan buat loan

Secara umumnya kita sedia maklum bahawa jika ingin memohon kerja, segala maklumat kita akan diberikan kepada majikan untuk rujukan mereka. Tetapi tak sangka ada pula yang salah guna.

Seorang wanita terkejut apabila dia tiba-tiba menerima writ saman yang meminta dirinya untuk melunaskan pinjaman bank bernilai ratusan ribu ringgit yang dia tidak pernah mohon. Amat mengejutkan buat dirinya setelah mengetahui bahawa dalang yang mendatangkan musibah buat dirinya ini adalah bekas majikannya sendiri.

Artikel berkaitan : Majikan Baran Naik Tangan Dekat Pekerja, Dipercayai Sebab Tak Jumpa Dokumen

Artikel berkaitan : Pemandu Peribadi Lakukan S*ks Luar Tabii Dengan Suami Majikan Direman 5 Hari

509604038 23944041125208100 7310227281396889559 n

Wanita tersebut kongsikan perkara ini menerusi TikTok dan tular sehingga ke platform X. Difahamkan, bekas majikannya itu menggunakan namanya untuk membuat pinjaman tanpa pengetahuannya. Dia mengetahui perkara tersebut setelah menerima writ saman mengatakan pinjaman tersebut tidak pernah dilunaskan.

Dalam satu video tular, wanita ini serta ahli keluarga telah datang bersemuka dengan majikan tersebut, malah menurut wanita ini, lelaki tersebut cuba melarikan diri.

Boleh tengok video disini

Screenshot 2025 06 26 124310

Menerusi penjelasan wanita ini, dia menjelaskan ‘modus operandi’ bekas majikan itu, katanya, bekas majikannya telah memasukkan namanya ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai rakan kongsi sebelum ‘keluarkan’ namanya sendiri daripada syarikat.

Ia sekaligus telah membuatkan mangsa ini menjadi pengusaha tunggal. Kejadian tersebut berlaku ketika dia masih bekerja dengan syarikat itu di mana ia berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lepas di mana segala urusan bank boleh dibuat secara atas talian. Katanya, semua urusan ini dibuat oleh bekas majikan tanpa pengetahuannya.

Screenshot 2025 06 26 124159

“Benda ni belaku pada PKP, untuk loan ni pada sesiapa yang memiliki syarikat pada waktu PKP ada yang tahu mengenai loan yang boleh dibuat secara online sahaja.. Documentation semua dia ada.. Dia yang menguruskan segalanya.. macam mana? Saya memang tak tahu langsung hal ni.. tahu-tahu saya dapat writ saman je sampai ke rumah sebab tak bayar.”

Difahamkan, wanita ini terpaksa menanggung hutang berjumlah RM250,000 dan disebabkan hal ini dia bersama keluarga banyak turun naik mahkamah berkenaan dengan kes ini. Malah, menurut wanita ini, lelaki tersebut kini tidak dapat dikesan namun masih menjalankan perniagaannya seperti biasa.

Lebih menyedihkan, wanita ini difahamkan telah menerima notis muflis, bahkan menerusi Facebook miliknya, dia tidak dapat mengeluarkan wang tunai daripada akaun bank untuk nafkah kerana telah dibekukan oleh pihak bank.

Berat betul dugaan akak ni, di ruangan komen ramai netizen mula mempertikaikan kredibiliti pihak bank yang meluluskan pinjaman dengan begitu mudah. Bahkan, ada netizen yang mendakwa mungkin ada pihak lain bersubahat dengan bekas majikannya untuk meniru tanda tangan wanita ini.

Sumber: TikTok, X