Sejak hujung minggu lalu, satu video memaparkan seorang tahanan polis berjaya meloloskan diri dari Lokap Berpusat Kepayan, Sabah tular di media sosial.
Terbaru, suspek yang berjaya meloloskan diri itu berjaya ditangkap oleh pihak polis dengan bantuan orang awam kira-kira jam 11.50 pagi semalam, selepas 48 jam menghilang.
Artikel berkaitan: “Macam parkour” – Tular Video Panjat Dinding Lokap, Polis Sabah Buru Banduan
Artikel berkaitan: Dipenjara Dari 1983, Pak Jamil Hayat Banduan Seumur Hidup Kini Bebas
Menurut laporan Kosmo!, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais berkata, suspek dikenali sebagai Nazri Hassan berusia 33 tahun diberkas ketika bersemubunyi di sebuah pondok usang.
“Suspek dikesan ketika bersembunyi di sebuah pondok usang di kawasan hutan simpan berhampiran Mimpian Jadi Resort, Tuaran.
Suspek sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya pada pukul 4 petang tadi,” katanya.
Selain itu, pihak polis Sabah turut berterima kasih kepada orang awam yang telah memberikan kerjasama penuh serta maklumat bagi memudahkan pencarian sehingga suspek itu diberkas.
Sebelum ini, video suspek yang berpakaian lokap ungu itu tular di mana dia memanjat jeriji lokap dan kemudiannya melepaskan diri.
Difahamkan, tahanan terbabit dipercayai melarikan diri sewaktu diiring anggota petugas lokap ke bilik siasatan untuk tujuan soal siasat.
Sumber: Kosmo!