in

Terbang Ke Destinasi Asean Secara Percuma? Ini Apa Yang Menarik Tentang Asean Explorer Pass Terbaru AirAsia MOVE

ft airasia move

Kalau korang suka travel, pastinya korang akan tersenyum lebar bila dengar perkhabaran gembira ini. Mana tidaknya, tawaran terbaharu yang dilancarkan oleh AirAsia MOVE ni membolehkan pengguna untuk tebus penerbangan antarabangsa secara PERCUMA ke mana-mana destinasi Asean seperti Bangkok, Phuket, Singapura, Hanoi, Phnom Penh, dan bahagian lain Asean dalam tempoh setahun! 

Kalau korang ada merancang atau pernah terfikir nak pusing seluruh Asean, inilah masa terbaik sebab AirAsia MOVE (sebelumnya dikenali sebagai airasia Superapp) ada lancarkan “Asean Explorer Pass”  baru-baru ini dan korang dah boleh mula untuk dapatkannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AirAsia MOVE (@airasiamove)

Cuma, korang kena cepat sebab ada tawaran ‘Early Bird’ bagi mendapatkan Asean Explorer Pass ini dengan harga RM999* (Atau RM89.91/bulan) bermula 25 hingga 30 April 2024! 

Sebelum kita ‘terbang’ lebih jauh, jom kita tengok dulu apa sebenarnya tawaran AirAsia MOVE ni.

1. Boleh Tebus Semua Destinasi Asean

171422319 m normal none

Bermula 21 Mei 2024 sehingga 20 Mei 2025, kalau korang ada Asean Explorer Pass ni, korang boleh tebus penerbangan AirAsia ke destinasi di Asia Tenggara secara percuma. Termasuklah penerbangan domestik di negara-negara yang korang lawati! 

Ini bermakna, korang boleh tebus penerbangan ke Thailand, Filipina, Indonesia dan korang bolehlah explore destinasi ‘hidden gem’ seperti Chiang Rai, Da Nang, Phu Quoc, Sihanoukville, Medan dan banyak lagi!

Korang juga boleh menggunakan pas ini untuk menebus penerbangan domestik destinasi Asean yang lain. Contoh; penerbangan domestik dari Bangkok ke Chiang Rai, Manila ke Bohol menggunakan Thai AirAsia atau Philippines AirAsia! 

2. Harga Serendah RM999* atau RM89.91/Bulan

Pas ini dijual pada harga RM999* sahaja! Dengan pas ini, korang boleh terbang ke mana-mana destinasi di Asean selagi tempahan dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh penerbangan.

*harga tidak termasuk SST

Asean Explorer Pass KV 1080x1080

Tetapi…. Berita baik buat korang, pass ini juga boleh di dapati dengan harga serendah RM89.91 sebulan sekiranya korang pilih untuk membuat pembayaran secara ansuran dengan rakan bank yang terpilih seperti Maybank, HSBC, AmBank atau Public Bank.

3. Bukan Setakat Penerbangan Percuma

F1SlW 2XwAEziik

Chop! Kalau korang dapatkan Asean Explorer Pass ni, korang bukan sahaja dapat tebus penerbangan ke destinasi Asean selama setahun secara percuma tau.

750x750 B BM

 Ada banyak lagi manfaat yang menanti korang seperti :

  • Boleh tebus penerbangan antarabangsa dan domestik (di luar negara)*
  • Diskaun 50% untuk tempahan hotel
  • Diskaun tambang e-hailing dengan AirAsia Ride.
  • Airport Transfer dari/ke KLIA (T1&2) secara PERCUMA (bernilai RM80).
  • 1,000 AirAsia points akan dikreditkan dalam akaun sekiranya korang mendaftar.

Selain itu, ada diskaun tambahan RM50 untuk pembelian pas ini kepada pengguna BigPay, hanya perlu masukkan kod promosi BIGPAY.

*penebusan hanya boleh dilakukan bermula 7 Mei 2024.

4. Syarat Penggunaan

Ha, sebelum korang nak dapatkan pas ini, pastikan betul-betul faham dengan syarat yang dikenakan seperti :

  • Hanya boleh lakukan 3 tempahan penerbangan pada satu-satu masa. Ini untuk mengelakkan pemegang pas menempah penerbangan tanpa had tetapi tidak menaikinya.
  • Penerbangan seterusnya boleh ditempah selepas penumpang / pesawat berlepas. Contoh, korang dalam penerbangan ke Bali, lepas berlepas baru boleh buat tempahan untuk penerbangan seterusnya).
  • Tempahan PERCUMA ini hanya untuk penerbangan TERUS, sehala atau dua hala sahaja. Bukan untuk transit dan sebagainya.
  • Mestilah tebus PENERBANGAN ANTARABANGSA, penerbangan domestik (dalam Malaysia) tidak termasuk dalam pas ini.
  • Selepas buat pembelian pas, penerbangan terawal harus bermula selepas 21 Mei 2024.
  • Penerbangan PERCUMA adalah berdasarkan zero base fare, tidak termasuk cukai lapangan terbang dan caj-caj lain.

Jadi, kalau korang dah faham dan nak dapatkan Asean Explorer Pass, korang kena pastikan korang adalah ahli berdaftar aplikasi AirAsia MOVE dan jangan lupa rebut peluang untuk dapatkan Asean Explorer Pass ini dengan harga RM999* (Atau RM89.91/bulan) bermula 25 hingga 30 April 2024!

Selepas  dari tempoh ini, Asean Explorer Pass akan dijual pada harga asal iaitu RM1,188*

Sekiranya belum, boleh muat turun dan daftar di sini.

Kemudian, buat pembelian langganan pas tersebut di aplikasi AirAsia MOVE atau layari laman web ini.

Sumber: AirAsia MOVE
Sumber: AirAsia MOVE