in

“Teman-teman minum kopi” – Puteri Sarah Ditawar RM15K Untuk Jadi Peneman VIP?

Syaz Ft 2024 06 21T150529.716

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, ramai yang terjerat dengan scammer, baik dari media sosial atau melalui telefon pintar kita sendiri.


Terbaru, pelakon tempatan terkenal, Puteri Sarah Liyana berkongsi dia pernah ditawarkan untuk menjadi ‘peneman’ seseorang yang didakwa orang kenamaan.

Artikel berkaitan: Puteri Sarah Dedah Bella Astillah Masih Dalam Fasa Terkejut Selepas Bercerai

Artikel berkaitan: Gambar Puteri Sarah & Bella Astillah Raya Bersama Undang Pujian Netizen

Menurut laporan Harian Metro, seorang wanita mendekati Puteri Sarah dan menyamar sebagai pelakon Nadia Brian menawarkannya jadi ‘peneman’ golongan VIP dengan bayaran lumayan iaitu RM15,000.

“Dia bertanya jam berapa saya habis ‘shooting’. Dia meminta saya berjumpa seseorang dikenali sebagai Datuk Shahrul pada jam 10 malam. Saya bingung, jumpa orang itu sebab ada tawarankah? Penerbit baharukah?

Selepas itu dia cakap, foto dan video dilarang. Dia cakap untuk teman-teman minum kopi, bayaran RM15,000. Saya bertegas kepadanya, saya tak buat kerja-kerja begitu.

Selepas penggambaran, terus balik ke pangkuan anak-anaklah,” katanya.

Pelakon drama Hijrah Jannah itu berkongsi dia pada mulanya hampir terpengaruh dengan ajakan wanita itu kerana suaranya mirip dengan Nadia Brian, namun dia dapat mengesyaki sesuatu yang agak luar biasa sebelum dia membuat keputusan untuk hubungi Nadia Brian sendiri.

“Saya tanya sama ada dia ada nombor telefon berbeza dan dia jawab tak ada. Saya beritahulah pasal orang guna nombornya menyamar jadi dia.

Rasanya tempoh hari Nadia ada masukkan dalam Instagram dia,” katanya.

Kebetulan sedang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, untuk jayakan penggambaran drama Polis Peronda, Sarah terus membuat laporan mengenai kes menimpanya itu.

Aduh, nasib baik Puteri Sarah tak tertipu!

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.