in

Tawar Penstriman EPL Secara Haram, 5 Individu Dipenjara

penstriman haram epl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

5 individu di United Kingdom (UK) didapati bersalah menawarkan penstriman secara haram perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada ribuan pengguna dan menurut pengumuman rasmi liga, kesemua individu telah dipenjarakan pada 30 Mei lalu.

Menurut laporan, mereka menerima hukuman penjara antara tiga hingga sebelas tahun susulan “pendakwaan terbesar di dunia terhadap rangkaian penstriman haram” tersebut.


Defendan yang berusia antara 30 hingga 46 tahun berkenaan mengaut keuntungan lebih daripada £7 juta (RM39.96 juta atau US$8.7juta) hasil daripada penawaran langganan 3 platform penstriman yang tak sah kepada lebih 50,000 pelanggan dan penjual semula.

0 gang

Organisasi tersebut difahamkan menawarkan akses haram untuk menonton perlawanan EPL, ratusan siaran dari seluruh dunia dan ribuan filem dan siri TV ‘on-demand’, menurut kenyataan Premier League tersebut.

Dalang kumpulan berkenaan, Mark Gould, 36 telah dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Chesterfield Justice Centre, di tengah England manakala empat lagi individu menerima hukuman antara tiga hingga lebih lima tahun.

Pendakwaan persendirian tersebut telah disokong oleh pasukan piawaian perdagangan di Majlis Hammersmith dan Fulham di London dan organisasi perlindungan harta intelek FACT (Persekutuan Menentang Kecurian Hak Cipta).

Chelsea 2 Arsenal 0 Top team performance top of the league. 15265782059

Hukuman yang dijatuhkan, merupakan hukuman terpanjang pernah dikeluarkan untuk jenayah berkaitan cetak rompak, membuktikan usaha yang dilakukan untuk membawa individu ini ke muka pengadilan dan mencerminkan tahap keterukan dan tahap jenayah.

Kumpulan itu, yang bergantung pada berpuluh-puluh pekerja, mendapat keuntungan dengan menawarkan akses langsung kepada perlawanan Liga Perdana yang sebaliknya tidak tersedia di UK disebabkan oleh apa yang dipanggil peraturan penyiaran “blackout”.

Ia mengakses suapan daripada penyiar di UK, Qatar, Amerika Syarikat, Australia dan Kanada dan menstrimnya beberapa saat kemudian.

Operasi itu juga telah membangunkan aplikasi  mudah alih selain juga menawarkan penstriman melalui laman web yang turut menayangkan perlawanan Liga Perdana dan kandungan lain.

Baca : [VIDEO] Momen Bersejarah Chelsea! Azan Berkumandang & Buka Puasa Di Stamford Bridge

Sumber: Mirror
Sumber: Wikimedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.