in

TasteAtlas Nobatkan Kari Ayam Malaysia Antara 50 Stew Terbaik Dunia

Kari Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah platform makanan dalam talian iaitu TasteAtlas telah menobatkan kari ayam Malaysia sebagai stew terbaik di dunia dalam Senarai 50 Stew Terbaik bagi edisi April 2025.

TasteAtlas mengumumkan perkara tersebut menerusi Facebook baru-baru ini.


 Kari Ayam

Artikel berkaitan: “Bukan hidangan Barat” – TikToker Mat Salleh Dedah ‘Chicken Chop’ Adalah Ciptaan Malaysia

Artikel Berkaitan: Atasi Kopi Luwak & Dalgona, Ipoh White Coffee Antara 15 Kopi Terbaik Dunia!

Menerusi senarai tersebut, dapat dilihat Kari Ayam Malaysia berada di tempat pertama diikuti dengan Phanaeng Curry dari Thailand di tempat kedua.

Turut berada di dalam senarai tersebut ialah Kare (Kari Jepun), Chicken Tikka Masala, Sichuan Hot Pot and Kimchi Jjigae dari Korea Selatan.

Namun, meninjau ke ruangan komen perkongsian Facebook tersebut, ada warganet yang mengatakan ada makanan yang disenaraikan dalam senarai stew terbaik itu bukanlah berada dalam kategori stew.

Apa-apa pun, kari ayam Malaysia memang sedap, lebih-lebih lagi kalau makan dengan roti jala kan. 

 Kari Ayam

Sumber: Facebook TasteAtlas, TasteAtlas

Sumber: TasteAtlas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.