Apa yang seronoknya bila menggunakan aplikasi TikTok ini, selain video viral dan video lucu, pasti kita akan rasa terhibur dengan filter-filter yang melucukan. Bagaimanapun, ada juga filter yang dibuat itu agak keterlaluan.
Bahkan ada juga yang suka buat dark humor sampaikan hilang sensitiviti macam satu filter ini. Filter ini berkenaan dengan kuiz yang menyediakan beberapa soalan sinis yang dianggap tidak sensitif, ia mempersoalkan kewujudan Tuhan dan siap bertanyakan jika seseorang itu anak yatim.
Disrespectful – Netizen
Ia mengundang kemarahan ramai netizen terutamanya mereka yang berstatus anak yatim, bahkan, ramai yang anggap keseluruhan soalan-soalan kuiz dalam filter ini dianggap sebagai biadap.
Untuk menyemak filter ini, kami sarankan buka video ini menerusi telefon pintar.
https://www.tiktok.com/@nadhirah.husna/video/7239184102975442194
Bahkan ramai netizen yang anggap keseluruhan soalan yang dibuat dalam kuiz di filter ini dianggap sebagai biadap.
Malah, tinjauan kami juga mendapati bahawa ramai individu rasa kurang senang dengan filter tersebut bukan sahaja netizen di Malaysia, bahkan netizen di Indonesia juga rasa marah.
Nak melawak pun kena lah tahu batasnya, jangan sampai hilang sensitiviti. Min pun geleng kepala bila tengok.
Baca : TikTok Akan Mula Bayar Pengguna Yang Reka Filter & Efek Yang Popular