in

“Tanda akhir zaman” – Ustazah Asma’ Harun Kecewa Arab Saudi Sambut Halloween Besar-Besaran

Ustazah Kecewa Halloween

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Halloween adalah antara perayaan yang paling popular di negara-negara Eropah yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

Selalunya, ia disambut oleh golongan kanak-kanak dan remaja yang berhias dengan memakai kostum yang menyerupai hantu.


Namun kebelakangan ini, negara-negara Islam juga tidak melepaskan peluang untuk turut meraikan perayaan ini untuk sekadar berhibur.

Macam baru-baru ini, sambutan Halloween yang disambut secara besar-besaran di Riyadh Boulevard, Arab Saudi telah menjadi tular di media sosial.

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1586570829277859840

Ia menjadi bualan hangat kerana negara itu pernah mengharamkan dan tidak membenarkan rakyatnya untuk menyambut perayaan berkenaan.

Menurut Arab News, seorang pengunjung berkata, mereka hanya meraikan sambutan itu secara suka-suka dan tidak lebih daripada itu.

Ustazah Asma’ Harun luah rasa sedih dan kecewa

Selepas isu itu menjadi bualan warganet, penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun meluahkan perasaan sedih dan kecewa melihat Arab Saudi yang merupakan sebuah negara Islam menyambut perayaan ini secara besar-besaran.

Menerusi posting di laman sosial Facebook itu, Ustazah Asma’ berkata dia juga berasa risau apabila melihat anak muda di Malaysia turut menyambut perayaan itu.

https://www.facebook.com/ustazahasmaharun/posts/pfbid02sPikAdpWgX5VKgLGeGwu2aBzMvWm6Lsx5wYD9qHDrCRRkawvzTk4cAR6G6mXgUnbl

Tambahnya lagi, perayaan ini dilarang di sisi syarak kerana menyerupai perayaan orang bukan Islam serta melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan juga pendedahan aurat yang tidak terkawal.

Screenshot 2022 10 31 121002

“Kita amat sedih dan bimbang saat tularnya berita mengenai pesta ini yang disambut di Arab Saudi yang mana ia merupakan sebuah negara Islam,” ujarnya.

Umat Islam harus membantah apa jua acara yang melibatkan maksiat dan hiburan yang melampau, ujar Ustazah Asma’.

Ada betul juga apa yang disampaikan oleh Ustazah ni, semoga diberikan hidayah dan petunjuk kepada mereka untuk kekal istiqomah..

Baca : Pernah Diharamkan Dulu, Sambutan Halloween Di Arab Saudi Meriah Sampai Kostum Habis Dijual

F3 Hlween As 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.