Undang-undang di Malaysia amat menentang penggunaan dadah berbahaya, seseorang itu dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.
Hari ini, dalam laporan Harian Metro seorang bekas diplomat Malaysia berstatus Datuk ditangkap pihak polis selepas disyaki menanam dan memiliki ladang pokok ganja.
Difahamkan, Datuk tersebut menanam hampir 100 batang pokok terlarang itu di perkarangan rumahnya dan kes itu dikatakan rampasan pokok ganja terbesar di dalam sejarah narkotik negara.
Dalam laporan yang sama, tangkapan itu adalah hasil usaha sama pihak Balai Polis Bukit Tinggi dan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong melalui operasi Ops Tapis dilakukan terhadap kediaman suspek di Janda Baik, Pahang.
“Difahamkan polis bertindak menahan lelaki warga emas terbabit sebelum menemui deretan beberapa batas tanah yang dipercayai digunakan untuk menanam pokok ganja.
Turut ditemui deretan pokok ganja yang di tanam di sekeliling kediaman itu. Pemeriksaan lanjut polis menemui bekas berisi cecair dipercayai minyak ganja selain daun ganja yang sudah dikeringkan.
Suspek dipercayai menanam pokok ganja itu secara serius susulan penemuan bekas plastik semaian di lokasi diserbu,” katanya.
Buat masa ini, pihak polis masih menyiasat bagaimana lelaki tersebut boleh menanam tumbuhan terlarang itu dalam skala yang besar dan ‘Datuk’ itu kini sedang dalam tahanan reman sehingga 28 Mei ini.
Fuh, banyak tu 100 pokok!
Baca: “Tiba masa Malaysia iktiraf penggunaan kanabis” – Syed Saddiq Bersolidariti Dengan Yasin Sulaiman