Walaupun kita dah biasa pakai topeng muka, namun kadang-kadang tu panik juga kan kalau mask yang sedang dipakai tiba-tiba putus. Lebih-lebih lagi kalau kita lupa nak bawa mask lebih kan.
Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini yang panik apabila pelitup mukanya putus ketika berada di depan kamera yang sedang merakam video.
Video gelagat lelaki itu telah menghiburkan ramai penonton Buletin Utama TV3 kerana video terbabit telah digunakan sebagai visual untuk berita berkenaan beberapa hari lepas.
Video berkenaan kemudiaannya dikongsikan oleh luxentX menerusi Twitter semalam.
Was watching Buletin Utama last night. Of all the visuals, the visual editor had to use this visual of a guy struggling with a broken mask. He finally got a new mask at the end. pic.twitter.com/zjHnatr7e2
— Ooi Beng Cheang (@luxentX) August 5, 2022
Difahamkan, lelaki tersebut dipercayai ialah Senator Md Nasir Hasim iaitu salah seorang Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) kerana berita yang disiarkan di TV3 itu adalah berkenaan JKMR yang bercadang untuk mewujudkan mahkamah antirasuah.
Rata-rata netizen terhibur dan ramai yang kata mereka tak dapat nak tahan gelak apabila melihat video berkenaan.
Boleh tonton video YouTube Buletin TV3 ini untuk visual yang lebih jelas (mula dari minit 1.17 hingga 1.33.
Dapat dilihat pada penghujung video bahawa dia akhirnya berjaya mendapatkan mask baru.
Gelak gelak jugak, apa-apa pun jadikan ni pengajaran juga untuk kita, kena sentiasa bawa mask ekstra kalau pergi mana-mana kalau tak nak jadi macam ni jugak.