in

“Takut inai jadi hitam”- Wanita Bimbang Tarikh PRN Bertembung Dengan Majlis Kahwin, Ini Jawapan MB Selangor

f2 tarikh prn selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa bulan lagi, rakyat negeri Selangor bakal mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pula. Namun, tarikh PRN masih belum diumumkan, jadi ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pasangan yang akan berkahwin dalam tempoh tersebut sebab risau tarikh PRN akan bertembung dengan hari bahagia mereka.

Kebimbangan itu lah yang membuatkan seorang wanita yang dikenali sebagai Izzati membuat video di TikTok izzatiyanglawa di mana dalam video itu, dia bertanyakan kepada Menteri Besar Selangor bilakah tarikh PRN negeri itu.


https://www.tiktok.com/@izzatiyanglawa/video/7211301891131673882?_r=1&_t=8alXnKysWkD

Dato’ Seri Amirudin Shari pun tampil menjawah persoalan wanita tersebut menerusi video TikTok.

Dalam video yang berdurasi selama hampir 2 minit itu, MB Selangor telah menjawab persoalan bahawa tarikh PRN bukanlah ditentukan oleh Menteri Besar, sebaliknya ia ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Namun, apa yang boleh saya beritahu ialah tarikh pembubaran Dewan Negeri Selangor insya allah akan berlaku antara minggu ketiga dan keempat bulan Jun 2023. Tarikh ini penting kerana pada tarikh tersebut akan menentukan dalam tempoh dua bulan selepas bubar pilihan raya akan berlangsung,” katanya.

Jadi, pilihan raya boleh berlangsung sehingga minggu ketiga atau minggu keempat bulan Ogos, justeru daripada tarikh pembubaran itu hinggalah bulan Ogos, sesiapa yang ingin berkahwin boleh pilih tarikh lain.

Tambahnya lagi, pasangan pengantin juga boleh mengadakan majlis kenduri kahwin ketika tempoh berkempen. Pada tempoh ini, beliau mengatakan mungkin ramai calon PRN yang akan datang memenuhi jemputan majlis.

Dato’ Seri juga mengatakan beliau berbesar hati untuk hadir ke majlis perkahwinan wanita itu sekiranya dijemput.

So, mana-mana orang Selangor yang nak kahwin tu boleh take note dulu tarikh-tarikh yang MB korang sebutkan ni tau.  

Sumber: Twitter @AmirudinShari 

Baca: Ketahui 3 Peristiwa Banjir Paling Besar Pernah Berlaku Dalam Sejarah Malaysia

banjir fi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.