in

“Takkan sampai tahap kena Herpes pun nak beritahu satu dunia”- Michael Ang

Michael Ang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di media sosial kisah seorang usahawan crepe yang berkongsikan dirinya telah dijangkiti Herpes apabila muncul ‘biji-biji’ atau lepuhan kecil pada kawasan berdekatan bibirnya.

Usahawan tersebut telah berkongsikan videonya bertemu dengan doktor di klinik ditemani oleh suaminya.


Dalam video tersebut, turut disahkan bahawa usahawan wanita itu dijangkiti penyakit tersebut dan wanita itu turut bergurau ia mungkin disebabkan oleh alat kelamin suaminya.

Pengarah dan penerbit drama popular, Michael Ang menerusi Instagram meluahkan rasa kesal apabila melihat tindakan usahawan wanita itu berkongsikan video dijangkiti penyakit Herpes itu di media sosial.

michael ang

Artikel Berkaitan: “Doktor, bibir saya naik biji!” – Kieda Crepe Dijangkiti Herpes, Siap Bergurau ‘Telur Suami Masam’?

Artikel berkaitan: Kritik Sampai Menghina Makanan, Wanita Tampil Mohon Maaf Dengan Kieda Crepe

Michael Ang turut kesal kerana individu itu seperti tidak mempunyai rasa malu apabila memberitahu ramai orang tentang jangkitan tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai juga warganet yang berpendapat bahawa jangkita seperti itu boleh menyebabkan ramai pelanggan wanita itu mungkin akan berasa takut untuk membeli makanan di kedainya lagi.

Difahamkan, jangkitan herpes ini mempunyai dua jenis iaitu HSV-1 (Herpes oral) yang menyebabkan jangkitan di sekitar mulut dan bibir dan ia boleh merebak dengan cara sentuhan seperti penggunaan sudu, garfu, gelas atau alat mekap seperti gincu yang tercemar dengan air liur mereka yang telah dijangkiti.

Herpes jenis ini tidak semestinya dijangkiti melalui alat kelamin. Manakala HSV-2 pula menyebabkan jangkitan pada alat sulit dan merebak melalui aktiviti seksual.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.