in

“Tak takut penyakit ke main air kotor?”- Netizen Kritik Tindakan Ibu Bapa Bawa Anak Main Air Banjir

Img 3232

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.


Banjir yang melanda banyak daerah di negeri-negeri di Pantai Timur dan Utara sememangnya membimbangkan. Ramai mangsa yang masih terpaksa tinggal di PPS kerana rumah mereka masih lagi ditenggelami air.

Namun, dalam masa yang sama, tular sebuah video di platform X  di mana ada juga sesetengah individu yang membawa keluarga masing-masing bermain air banjir di kawasan yang dinaiki air.


Img 3226

Tindakan bermain air banjir secara beramai-ramai itu telah mencetuskan kritikan daripada warganet kerana um mengetahui bahawa air banjir adalah kotor dan boleh membawa pelbagai penyakit seperti demam kepialu, taun dan banyak lagi.

Img 3227

Meninjau ke ruangan komen, ada warganet yang mengatakan mereka pernah melihat ada tikus besar di kawasan tersebut.

Tambahan pula, air banjir itu sudah bercampur dengan air longkang dan sampah sarap, jadi sudah tentu ia menjadi kotor.

Apa pula pendapat anda tentang tindakan mereka ini? 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.