Setiap pelajar sekolah diwajibkan untuk memakai lencana Jalur Gemilang yang berkuat kuasa sejak 21 April 2025 sebagai usaha menanam semangat patriotisme.
Susulan pelaksanaan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang berbentuk pin secara percuma.
Walau bagaimanapun, beberapa pihak meluahkan kebimbangan mengenai pemakaian lencana bendera Malaysia itu kerana ia berisiko mencederakan para pelajar.
Artikel berkaitan: Berkuat Kuasa 21 April 2025, Pelajar Wajib Pakai Lencana Jalur Gemilang Pada Baju Seragam Sekolah
Kaki pelajar tercucuk pin lencana bendera
Kebimbangan terhadap keselamatan penggunaan pin lencana menjadi nyata apabila berlaku satu insiden seorang pelajar sekolah cedera kerana kakinya tercucuk pin tersebut.
Menurut seorang pengguna Facebook yang berkongsi mengenai kejadian itu, katanya murid perempuan tersebut tidak perasan kakinya tercucuk pin lencana yang tercabut dari baju abangnya dalam kereta.
Dalam perkongsian itu juga, dia menyarankan ibu bapa membeli lencana jenis pelekat atau yang boleh dijahit pada baju.
“Berhati-hatilah dengan pin bendera Malaysia, lebih baik beli yang melekat dan jahit terus di baju.”
Ujarnya lagi, pemakaian pin lencana tidak begitu sesuai untuk pelajar yang berumur lapan tahun ke bawah kerana mereka masih tidak mahir mengendali objek tajam.
Melihat insiden itu, para ibu bapa turut meluahkan kebimbangan tentang keselamatan pemakaian pin lencana ini.
Netizen juga menggesa pihak kementerian untuk mencari alternatif lain dalam pemakaian lencana Jalur Gemilang agar keselamatan murid terjamin.
Semoga adik ni cepat sembuh.
Sumber: X