Pemilik sebuah studio gambar di Parit Panjang, Baling semalam meluahkan rasa terkejut dan sedih apabila dua orang pelanggannya terlibat dalam kemalangan maut baru-baru ini.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23 dan isterinya, Intan Suraya Zaidi, 24, meninggal dunia di tempat kejadian selepas Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dekat Jalan Felda Teloi Timur, Kampung Merbau Kudung, Sik.
Artikel berkaitan: “Janji raya bersama tinggal kenangan” – Pasangan Suami Isteri Maut Kemalangan Rupanya Baru 3 Bulan Kahwin
Artikel berkaitan: Anak Bongsu Menyusul ‘Pergi’ Selepas Sebulan Isteri & Anak Pertama Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
“Ini foto terakhir saya rakam…”
Muhammad Suhaimi, pemilik Bromie Studio berkata, studionya telah dikunjungi pasangan suami isteri tersebut pada jam 11 pagi untuk merakam foto Hari Raya Aidilfitri.
Ini foto terakhir saya rakam untuk pasangan suami isteri itu sebelum mereka maut dalam kemalangan hari ini.
“Pasangan itu datang ke studio saya pada jam 11 pagi untuk mengambil foto Hari Raya selama hampir 30 minit.
“Mereka kelihatan seronok malah wajah mereka kelihatan berseri sepanjang mengambil gambar.
“Malah, mereka juga teruja kerana dapat mengambil gambar raya yang siap dicuci terus hari ini dan saya hantar terus ke telefon bimbit jenis iPhone milik mereka,” katanya.
Menurutnya lagi, ketika merakam gambar, pasangan itu banyak ketawa dan ceria antara satu sama lain.
Namun tidak lama selepas itu dia terkejut apabila mendapat berita yang mereka terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Muhammad Suhaimi juga memaklumkan yang dia mengenali pasangan itu ketika kali pertama mengambil gambar perkahwinan mereka pada Jun tahun lalu.
Pasangan itu sangat baik dan kelihatan sangat gembira walaupun baru berkenalan dengan mereka.
“Dan ini kali kedua saya merakam gambar kenangan mereka berdua tak sangka ini foto yang terakhir saya ambil untuk pasangan itu,” katanya.
Menurut sumber polis, kemalangan itu berlaku ketika Perodua Myvi milik mangsa sedang bergerak dari arah Bukit Selambau menghala ke Batu Lima, manakala sebuah lori membawa muatan batu datang dari arah Batu Lima menghala Bukit Selambau.
@mat3515 Berhati hati lah di atas jalan rayaa🥹🥹#salamtakziah #fypシ゚ #fypシ゚viral🖤tiktok #pansheng⚡ #fyppppppppppppppppppppppp
Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Lokman Hakim hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentang dan bertembung dengan lori.
Pasangan itu tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik telah dipanggil untuk memotong bumbung kereta bagi keluarkan mangsa.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sik untuk bedah siasat.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu dan kes ini di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Al fatihah buat mangsa…
Sumber: Berita Harian