Abang kepada Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah, Mohd Farriza Azmi tidak dapat menahan rasa ‘sakit rindu’ kepada adiknya.
Luahan rindu itu dikongsikan menerusi laman sosial dengan berkongsikan rakaman video dirinya bersama arwah yang sedang mesra bergurau di dalam kereta.
Artikel berkaitan : Kes Bunuh Farah Kartini: Polis Temui Kunci Kereta Sekitar Sungai Slim, Perak
Artikel berkaitan : Kes Nur Farah Kartini: Polis Rakam Percakapan Seorang Pekerja Kebun Ubi
Kata Farriza adiknya yang berusia 25 tahun itu seorang yang manja dan ceria terutamanya dengan abang-abangnya memandangkan dia anak perempuan tunggal dan adik beradik bongsu bersama 6 lagi abang yang lain.
“Kami tak selalu buat video bersama, biasanya hanya gambar bersama. Tapi awah manja orangnya, jadi dia buat video bersama saya.”
“Memang saya rindu dengan arwah, rindu segala-galanya pasal dia. Satu-satunya adik saya kan. Paling rindu dengan senyuman dia yang manis, masih teringat sampai sekarang dan tak akan lupa sampai bila-bila.”
“Cara arwah bercakap denagn saya pun tak sama dengan cara dia bercakap dengan orang lain. Dia manja dengan abang-abang dia, tapi saya abang paling rapat dengan dia.”
Farizza juga terkenangkan pertemuan terakhirnya bersama arwah ketika sambutan Hari Raya Aidiladha di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor.
“Itu last kami berjumpa, katanya nak sangat masak untuk saya. Tak tahu kenapa dia bersungguh sangat nak masak.”
“Jika hendak diikutkan Farah ni tak selalu masak, kalau balik kampung di Miri pun mak yang masak. Selama 25 tahun sejak arwah lahir pun, dia tak pernah masak Laksa Sarawak, dan hari tu dia nak masak.”
“Tak sangka dapat rasa air tangan terakhir dia. Memang rindu dan masih teringat laksa Sarawak masakan dia.”
Malah, Farizza juga terkilan kerana banyak video dan gambar kenangan mereka dirakamkan menggunakan telefon arwah adiknya.
Sumber : mStar Online