in

“Tak sangka dah lama” – 4 Filem Popular Yang Berusia Lebih 20 Tahun Ni ‘Confirm’ Buat Korang Rasa Tua

Collage 7 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rupanya, banyak betul filem-filem kegemaran kita yang kita pernah tengok masa zaman sekolah lalu dah pun jadi filem klasik. Dari cerita komedi hinggalah cerita sedih, filem-filem yang ditayangkan lebih dua dekad lalu ni memang meninggalkan impak dan masih menjadi kegemaran ramai hingga sekarang.


Jadi apa kata kita tengok throwback balik filem-filem popular yang dah pun mencecah usia lebih 20 tahun. Rasa tua pulak…

1. Pontianak Harum Sundal Malam

Untitled Design 2019 08 27T180314 981

Wow, filem hantu lakonan Maya Karin ni rupanya dah 20 tahun berlalu eh. Kalau masa kecik-kecik dulu memang seram betul dengan jalan cerita arahan pengarah terkenal Shuhaimi Baba ni.

Untuk pengetahuan korang, Pontianak Harum Sundal Malam ini telah berjaya merangkul anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-17 untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Penyunting Terbaik. Di Festival Filem Asia Pasifik ke-49 pula, Maya Karin telah berjaya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Filem ini memaparkan kejadian misteri yang berlaku pada dua era iaitu ketika zaman lampau dan masa kini. Pada lewat 1940-an, seorang primadona gamelan, Meriam telah tersepit di antara cinta dua lelaki iaitu Marsani dan Danial. Meriam kemudiannya telah memilih Danial dan menyebabkan Marsani cemburu. Meriam kemudiannya ditemui mati ketika hamil anak sulungnya dan sejak dari itu, kampung mereka sering diganggu dengan pelbagai kejadian menakutkan.

50 tahun kemudian, Marsani yang masih terkenangkan Meriam telah bertemu dengan seorang gadis yang persis wajah Meriam dan dia sekali lagi dihantui oleh pelbagai peristiwa aneh sehingga Maria dituduh sebagai pontianak oleh Marsani. Tapi apa hubungan Meriam dan Maria?

2. Ada Apa Dengan Cinta

Rangga Dan Cinta

Siapa sangka, cerita kegemaran ramai terutamanya remaja-remaja sekolah masa zaman ini Ada Apa Dengan Cinta telah pun berusia 22 tahun!

Sampai sekarang, peminat-peminat filem ini masih suka dan ingat dengan cerita cinta di antara Rangga dan Cinta dan masih dengar ost filem ini serta hafal semua puisinya kan?

Filem arahan Rudi Soedjarwo dan dibintangi oleh Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo ini mengisahkan tentang Cinta, seorang pelajar sekolah menengah yang sering menjadi pemenang pertandingan puisi di sekolah. Namun pada tahun itu, kemenangannya itu telah dirampas oleh seorang pelajar lain bernama Rangga.

Ekoran ini, Cinta yang mahu mengenali pemenang baru ini telah berjumpa dengannya untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai latar belakangnya untuk diletakkan di dalam majalah sekolah. Malangnya, Rangga yang merupakan seorang pelajar pendiam namun panas baran telah bersifat acuh tidak acuh dan membuatkan Cinta marah.

Kalau korang nak tahu, Ada Apa Dengan Cinta telah memenangi beberapa anugerah dalam Festival Filem Indonesia 2004 antaranya, Pelakon Utama Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik, Muzik Terbaik, Filem Pilihan Masyarakat dan Lakon Layar.

3. White Chick

White Chicks

Rata-rata orang, bila tanya tentang filem komedi kegemaran mereka, mesti dorang akan jawab filem White Chicks. Filem ni baru sahaja menyambut ulang tahun ke-20 mereka pada 23 Jun lalu dan sampai hari ini masih ada lagi yang menonton filem ni tau!

Filem ini telah menjadi salah satu filem pecah panggung pada tahun 2004, dengan kutipan di seluruh dunia sebanyak US$113.1 juta sedangkan kos untuk buat filem ini hanya menelan belanja sebanyak US$34 juta.

Filem ini mengisahkan tentang dua ejen FBI yang telah menggagalkan operasi serbuan dadah telah dihukum untuk mengikuti dua anak orang kaya ke Hamptoms untuk dijadikan sebagai umpan kepada penculik.

Tapi selepas menyedari rancangan FBI ini, dua gadis ini enggan bekerjasama hingga menyebabkan dua ejen ini tiada pilihan lain selain menyamar menjadi mereka.

4. Khabi Khushi Khabi Gham

Thumb 1441285805

Antara filem kegemaran rakyat Malaysia Khabi Khushi Khabi Gham ini telah pun berusia 23 tahun tau. Bila tengok cerita ni, walaupun dah tahu jalan ceritanya, confirm menitik juga air mata.

Selain itu, lagu-lagu dari filem ini juga masih digunakan ramai dan ada juga yang gunakan lagu-lagu ni ketika hari perkahwinan. Kemain!

Filem ini mengisahkan tentang anak angkat keluarga kaya yang telah dihalau keluar oleh bapanya ekoran memilih untuk berkahwin dengan gadis pilihannya. Ekoran ini, adiknya telah membuat perancangan untuk mencari abangnya yang merajuk dan membawa diri ke negara orang.

Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.