in

“Tak sabar nak peluk dia” – Keluarga Ejen Kosmetik Buat Sujud Syukur Tunggu Kepulangannya

Ft Ejen Kosmetik Keluarga Syukur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah 17 hari berduka, akhirnya keluarga kepada ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36 bersyukur setelah wanita itu dapat diselamatkan.

Adik bongsu Azi yang berusia 25 tahun berkata kepada Sinar Harian hari ini menyatakan bahawa dia berharap agar pihak polis dapat membawa pulang kakaknya itu dalam masa terdekat.


Dia juga meminta ihsan orang ramai untuk berdoa agar keselamatan kakaknya itu selepas peristiwa sedih menimpa keluarganya.

 

“Alhamdulillah, tak sabar nak peluk dia”

Untuk rekod  Rosnazirah diculik di hadapan rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 September sebelum dilaporkan dibawa ke Thailand.

Sementara itu, kakak wanita itu berkata, mereka  kini sedang membuat persiapan untuk menyambut kepulangan adiknya dan akan berkumpul bersama ahli keluarga lain untuk solat hajat dan sujud syukur.

Tambahnya, sebelum ini mereka sekeluarga tidak putus-putus mengadakan solat hajat dan berdoa adiknya pulang dalam keadaan selamat.

“Selepas Ketua Polis Negara (Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani) memaklumkan Azi (Rosnazirah) sudah diselamatkan, kami bertambah yakin dia sedang akan bertemu kami,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumahnya hari ini.

Screenshot 2022 09 30 142423

Menurutnya lagi, setiap hari dia menerima panggilan dan mesej WhatsApp daripada keluarga dan rakan-rakan terdekat bertanyakan adiknya dan begitu teruja apabila mendengar khabar berita itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa  Rosnazirah yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya lalu berjaya diselamatkan.

Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, dalam sidang akhbar pada Jumaat berkata mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, akan dibawa pulang dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun wanita itu kini masih berada di Kuala Lumpur dan keadaannya juga baik. Beliau turut memaklumkan ketika sepanjang proses menyelamat itu tiada sebarang bayaran berlaku.

“Alhamdulillah, kita akan membawa pulang mangsa dalam tempoh terdekat. Terima kasih kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang bekerja keras dalam kes ini,” katanya.

Baca : Selepas 17 Hari Dilarikan Ke Thailand, Ejen Kosmetik Berjaya Diselamatkan & Akan Dibawa Pulang Hari Ini

Berjaya Selamatkan Ejen Kosmetik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.