Nama Ellie Suriaty bukanlah calang-calang dalam industri perfileman, dia bukan sahaja terkenal dengan lakonannya yang penuh dengan ‘jiwa’ malah dia juga banyak mengarah telefilem dan juga menjadi penulis bagi filem Penanggal.
Baru-baru ini, gempar dengan penceraian pelakon wanita itu dengan suaminya Azri Iskandar selepas 19 tahun membina rumah tangga bersama.
Dalam laporan Astro Gempak, Ellie menyatakan dia mengambil keputusan untuk berundur daripada perkahwinan tersebut selepas melihat perubahan bekas suaminya, di mana dia kelihatan tidak mahu meneruskan kehidupan bersamanya.
https://www.instagram.com/tv/CevMhHksgsG/?utm_source=ig_web_copy_link
“Saya kenal lelaki (Azri) ini 19 tahun atau 22 tahun termasuk perkenalan sebelum berkahwin. Jadi saya tahu perubahannya dari segi body language semua.
Jadi saya faham dan saya tak mahu bertanya kerana kita pernah laluinya. Kadang-kadang dia seperti tidak hidup di dalam rumah…
Dapat barang pre-loved pun suka kerana bagi saya momen itu bukan lagi barang atau material. Tak perlu pun terbangkan saya ke London atau Paris,” katanya.
Pelakon berjiwa besar itu meluahkan perasaanya dalam sebuah rancangan bual bicara ‘Hard to Heart’ bersama pengacara terkenal Dato Aznil Hj Nawawi.
Selain itu, Ellie juga berkongsi sepanjang perkahwinannya dengan pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu, dia tidak pernah meminta barang kemas mahupun duit, sebaliknya hanya kesetiaan yang dipinta.
Mungkin jodoh sampai di situ sahaja…
Baca: “Saya dah fikir masak-masak” – Ellie Suriaty & Azri Iskadar Bercerai Lepas 19 Tahun Berkahwin