Insiden melibatkan orang hilang di negara kita dilihat semakin menjadi-jadi serta membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
Hampir setiap minggu kita melihat berita orang hilang sama ada yang berjaya ditemui semula dalam keadaan selamat atau sebaliknya.
Melihat kejadian ini, pempengaruh Hazeman Huzir tampil berkongsi tips bagaimana untuk menjejaki keberadaan seseorang itu.
Artikel berkaitan: “Untuk keselamatan kita semua” – Anak Diekori Lelaki Tak Dikenali, Wanita Saran ‘Download’ Aplikasi Ini
Artikel berkaitan: Derma Rambut Untuk Pesakit Kanser, Hazeman Huzir Terima Pujian Netizen
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Hazeman mencadangkan kepada orang ramai untuk membeli item yang dikenali sebagai keychain detector.
Menurutnya, keychain tersebut dapat menjejaki keberadaan seseorang di mana-mana sahaja kerana ia menggunakan sistem Global Positioning System (GPS).
“Macam-macam kes yang sedang berlaku yang melibatkan kes hilang. Mula-mula hilang lepas itu bila jumpa orang tu dah tak ada.
“Jadi saya nak ajar korang item yang wujud di pasaran contoh kalau kita hilang, dapat meningkatkan kebolehan seseorang itu untuk mencari kita.
“Kalau tengok dekat shopping online, ada satu terma itu nama dia keychain detector.
“Maksudnya kalau korang letak keychain itu dekat badan, beg ataupun poket, sesiapa sahaja yang menggunakan telefon dan juga aplikasi boleh menjejaki korang walaupun hilang entah ke mana,” katanya.
@kool101my Risau bila semakin banyak kes kehilangan kemudian bila dah dijumpai, tidak bernyawa pula. Kita kena sentiasa waspada dengan keadaan keliling sekarang ni. #AjariAku hari ini, Haze ada share tips untuk kita boleh alert dengan orang sekeliling kita. Kita boleh share location kita dekat keluarga atau kawan-kawan supaya kalau jadi apa-apa, mereka tahu keberadaan kita☝? Stream PM Kool101 di KoolCast melalui aplikasi Audio+ atau klik sahaja link di bio okay! ? #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PMKool101
Tambahnya, item itu sangat berguna kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil tetapi risau untuk memberi mereka menggunakan telefon pintar. Jadi, item ini amat sesuai untuk mengawasi gerak geri mereka ketika berada di luar.
Sumber: TikTok